Saturday, 14 June 2008

Tuan Rumah Kegiatan Kokurikulum Sekolah Rendah Daerah Belait 2009-2010

Sukacita dimaklumkan bahawa berikut adalah tuan rumah/pusat pentadbiran kejohanan/pertandingan kegiatan kokurikulum tahun 1430/2009 dan 1431/2010 bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Belait.

Acara / Kegiatan 2009 2010
BolaSepak SR PSJ Pg Abdul Momin SR Sungai Tali
Bola Jaring SR Muhammad Alam SR PSJ Pg Abdul Momin
Rentas Desa SR Lumut SR Labi
Badminton SR Sungai Teraban SR Kuala Belait
Futsal SR Sungai Liang SR Muhammad Alam
Sepak Takraw SR Paduka SB SOAS SR Ahmad Tajuddin
Olahraga SR PSN Pg. Mohd Yusof SR Lumut
Senaman SR Panaga SR Paduka SB SOAS

Tahniah serta syabas diucapkan untuk sekolah-sekolah yang berkesudian untuk menjadi tuan rumah dan pusat kegiatan di atas. Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan, melancarkan dan mempermudahkan penyelenggaraan.

Sokongan padu dan kerjasama semua pihak sangat dihargai.

Sekian untuk makluman

Haji Eady Sardi bin PDDSDP Hj. Abd. Razak
KKD, JPKK, Belait
12hb. Jun 2008 / 8 JamadilAkhir 1429H

Read more...

Wednesday, 11 June 2008

Tuan Rumah Kegiatan Kokurikulum Sekolah Rendah Daerah Temburong 2009-2010

Sukacita dimaklumkan bahawa berikut adalah tuan rumah/pusat pentadbiran kejohanan/pertandingan kegiatan kokurikulum tahun 1430/2009 dan 1431/2010 bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong.

Kegiatan

2009

2010

Bola Sepak

SR Semabat

SR Puni

Bola Jaring

SR Amo

SR Sultan Hashim

Rentas Desa

SR Labu Estet

SR Kenua

Senaman & Olahraga

SR Sultan Hassan

SR Semabat

Badminton

SR Selangan

SR Selapon

Futsal

SR Negalang

SR Amo

Sepak Takraw

SR Piasau-piasau

SR Negalang

Peraduan Azan Subuh & Ayat-ayat Lazim

SR Selapon

SR Sultan Hassan

Kuiz PSR

SR Puni

SR Selangan

Kuiz Ugama

SR Sultan Hashim

SR Piasau-piasau

Aktiviti Bulan Ramadhan

SR Kenua

SR Labu Estet


Tahniah serta syabas diucapkan untuk sekolah-sekolah yang berkesudian untuk menjadi tuan rumah dan pusat kegiatan di atas. Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan, melancarkan dan mempermudahkan penyelenggaraan.

Sokongan padu dan kerjasama semua pihak sangat dihargai.

Sekian untuk makluman

Awang Tahir bin Samsu
KKD, JPKK, Temburong
24hb. April 2008 / 18 RabiulAkhir 1429H

Read more...

Tuesday, 10 June 2008

Perkhemahan Tahunan ke 29 Pasukan Kadet Polis DiRaja

Perkhemahan Tahunan ke 29 Pasukan Kadet Polis DiRaja diadakan pada 16hb hingga 20hb. Jun di Taman Sungai Basong, Tutong.



Perkhemahan Tahunan ke 29 Pasukan Kadet Polis DiRaja diadakan pada:
Tarikh : 16hb. hingga 20hb. Jun 2008
Tempat : Taman Sungai Basong

Dijangkakan lebih 800 orang peserta termasuk pegawai penyelaras akan berada di sana, menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Sila klik gambar berikut untuk gambar besar tapak perkhemahan yang dimaksudkan.














Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Penyelaras Perkhemahan,
Cikgu Djaton bin Sukaimi,
Bahagian Pasukan Beruniform,
Jabatan Pendidikan Kokurikulum,
Kementerian Pendidikan.
Tel : 2333041
Fax : 23302977

Read more...

1st Brunei Darussalam Cubboree 2008

Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam mengadakan Cubboree (Mini Jamboree - cubs - Pengakap kanak-kanak) buat kali pertama di Negara Brunei Darussalam pada 15hb. Jun hingga 19hb. Jun 2008.

Kegiatan di atas melibatkan perkhemahan bagi para pengakap dari Brunei sendiri, Maldives, Selangor dan Singapura.

Harapan pihak penganjur adalah sokongan dari semua pihak yang terlibat khususnya para ibu bapa untuk menjayakan dan memeriahkan perkhemahan Cubboree tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam
Kompleks Pengakap
Jalan Gadong BE1718
Tel : 2425312 / 2420901
Fax : 2420822 / 2420903
Email : bruneiscout-hq@brunet.bn

Read more...

Wednesday, 4 June 2008

Logo Rasmi Jabatan Pendidikan Kokurikulum




Please click for larger image. Sukacita dimaklumkan bahawa Logo berikut adalah kegunaan rasmi Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Sebarang penggunaan tanpa kebenaran adalah ditegah.


Read more...

Tuesday, 3 June 2008

Penghargaan Dari Penyelaras Perkhemahan Pasukan Beruniform - Rampayoh

Dengan penuh hormat dan tulus ikhlas, sukacita saya merakamkan jutaan penghargaan serta tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan dan memeriahkan Perkhemahan Pasukan Beruniform Senegara kali ke 7 Tahun 2008.

Alhamdulillah perkhemahan pada tahun ini berjalan lancar dan InsyaAllah di perkhemahan yang datang akan dapat diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi para peserta sekalian.

Sokongan pihak sekolah dan ibu bapa sangat kami hargai. Semoga kita berjumpa lagi di perkhemahan yang akan datang.

Sekian.Wassalam.

Cikgu Djaton Sukaimi
Penyelaras Perkhemahan Pasukan Beruniform
Bahagian Pasukan Beruniform
Jabatan Pendidikan Kokurikulum
Kementerian Pendidikan

Read more...

Monday, 2 June 2008

Maklumat terkini penundaan Kejohanan Futsal

Perlawanan Futsal Brunei IIB pada 2hb. Jun 2008 dan 3hb. Jun 2008 adalah ditunda. Namun kejohanan Futsal Peringkat Akhir Brunei IIA berlangsung di UBD pada jam 2 petang.

Untuk makluman dan tindakan pihak yang terlibat.

Sumber : Cikgu Hjh. Rosediana - Bahagian Jasmani

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP