Showing posts with label it. Show all posts
Showing posts with label it. Show all posts

Sunday, 18 December 2011

Pengagihan Komputer untuk pegawai dan kakitangan jabatan

Alhamdulillah, dengan kerjasama dan sokongan pihak JICT, MOE, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah menerima lebih kurang 72 komputer baru bagi memenuhi keperluan bagi;

- menggantikan komputer yang telah tamat tempoh penggunaannya.
- mengagihkan komputer kepada pegawai serta kakitangan yang berkenaan, yang masih belum menerima komputer; mengikut input daripada ketua bahagian masing-masing.
- meningkatkan keberkesanan kerja dan produktiviti.
- melengkapkan objektif infrastruktur IT yang stabil dan sempurna.


Pengagihan berkenaan merupakan salah satu fasa pihak IT, JPKK. InsyaAllah komputer yang masih boleh digunakan akan diagihkan kepada pegawai dan kakitangan yang berkenaan.

Pihak IT ingin memohon maaf atas sebarang masalah yang timbul ketika pengagihan berkenaan.


IT1, DCCE

Read more...

Saturday, 21 August 2010

Audit IT, Google apps dan lain-lain hal

Ketika ini dipohonkan semua pihak bagi menjayakan Audit IT yang ketika ini sedang dijalankan dan juga khusus kepada semua warga DCCE untuk membuat account email menggunakan gmail untuk kelancaran urusan komunikasi, khususnya dengan pihak sekolah.

Sukacita juga dipohonkan kepada semua warga khususnya para penyelaras projek di semua bahagian DCCE, dengan niat ikhlas dan budi baik, untuk mengemail status projek merangkumi data seperti tarikh, tuan rumah, peserta, pemenang, GOH dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam blog DCCE. Semua maklumat projek yang dirangkumkan dalam blog tersebut insyaAllah akan dibukukan sebagai laporan tahunan DCCE.

Atas kerjasama dan pertimbangan semua, dirakamkan ribuan terima kasih.

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP