Monday, 5 May 2008

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Rendah Tutong II 2008

Kejohanan tersebut di atas diadakan pada:

Tarikh
Khamis, 8hb. Mei 2008
Masa
7.30 Pagi hingga selesai
Tempat
Kompleks Belia dan Sukan, Tutong
Tetamu Kehormat
Yang Mulia Awang Haji Yahya bin Hj. Abd. Rahman
Pemangku Penyelia Kanan
Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Tutong

Kehadiran para pegawai sangat diharapkan dan rakaman terima kasih kepada semua yang menjayakan acara tersebut.

update : 050508 1233hrs

Read more...

Tuesday, 29 April 2008

Contact

click for larger image :-)

Read more...

Sunday, 20 April 2008

Mesyuarat Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008


Mesyuarat Pertama Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Senegara 2008 telah diadakan pada hari Khamis, 17hb. April 2008, Jam 2.30 Petang di Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak.

Antara agenda perbincangan ialah:
Kertas Kerja Pesta Sukan yang akan dihadapkan ke pihak Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan yang merangkumi pelbagai aspek, khususnya peruntukan dan pelantikan ahli jawatankuasa.


Ahli-ahli jawatankuasa kerja terdiri dari para pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum sendiri dan wakil dari pihak sekolah-sekolah yang terlibat serta agensi kerajaan lainnya; Pihak Polis DiRaja Brunei, Pertubuhan Beruniform, Media Massa dan sebagainya.

Adalah menjadi harapan semua agar pengalaman daripada perlaksanaan Pesta Sukan Sekolah-sekolah Menengah, Maktab-maktab dan pendidikan swasta pada tahun 2007 akan dapat dimanfaatkan dalam usaha menjadikan pesta sukan pada tahun lebih tersusun dan mendapat kerjasama semua pihak.

Read more...

Tuesday, 4 March 2008

Maklumat Terkini dari Cawangan Kokurikulum Daerah Tutong 3.3.2008

Maklumat Terkini dari Cawangan Kokurikulum Daerah Tutong. Terima kasih Cikgu Irwan.

3 March 2008 - Keputusan akhir bolajaring Tutong I
SR Tutong Kem 6 SR Batang Mitus 5 (selepas tambahan masa)
4 March 2008 - Peringkat saringan kejohanan Bolajaring Tutong II bermula d SR Muda Hashim, Tutong dselenggarakan oleh SR Bukit Udal
4 March 2008 - Ckg Hj Abdullah Hj Idris (KKDT), Ckg Irwan bin Haji Abu Bakar (DT1), Ckg Abd Manan bin Raup (DT2), Ckg Hj Keria bin Hj Mahmud (DT4) & Ckg Hjh Maimunah bte Abdullah (DT5) menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Latihan Penyelidikan & Perkembangan (TRDC), Rempayoh, Labi & Perkhemahan Pertubuhan Pasukan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab-Maktab Kali Ke 7 Tahun 2008, 2 ptg, diBilik Persidangan Ibupejabat JPKK Lambak Kanan
5 March 2008 - Ckg Irwan bin Haji Abu Bakar (DT1) menghadiri Bengkel Hakim Bahas Bahasa Inggeris Senior d Bilik Persidangan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, jam 2.30ptg.
6 March 2008 - Peringkat separuh akhir dan akhir Bolajaring Tutong II d Padang SR Muda Hashim, Tutong dselenggarakan oleh SR Bukit Udal, jam 2.00 ptg
8 March 2008 - Kejohanan bolasepak antara Sekolah-Sekolah Menengah Zon III Tutong bermula D Padang SR Muda Hashim dselenggarakan oleh SM RIPAS, jam 2.00 ptg
8 March 2008 - Perjumpaan dan Taklimat Pengundian Kejohanan Senaman Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong II di Bilik Persidangan SR Danau, 2.30 ptg
11 March 2008 - Pusingan pertama Kejohanan Bahas Bahasa Melayu Senegara Kali Ke36 Antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab bertempat d SM Sayyidina Othman, jam 8.30 pagi
12 March 2008 - Taklimat Hakim bagi Kejohanan Senaman Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I d Dewan PTI Binturan
15 March 2008 - Kejohanan Senaman Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong I berlangsung d Padang SR Muda Hashim, jam 7.30 pagi
17, 18, 19 March 2008 - Peringkat saringan Kejohanan Bahas Bahasa Inggeris Senior Kali Ke-12 d Mktb Duli Pg Muda Al-Muhtadee Billah, 8.30 pagi
17, 18 March 2008 - Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong I dKompleks Sukan Tutong, 8 pagi
18 March 2008 - Pusingan kedua Kejohanan Bahas Bahasa Melayu kali ke-36 antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara, 8.30 pagi d SM Sayyidina Othman
18 March 2008 - Perjumpaan dan Taklimat Pengundian Kejohanan Sepaktakraw Antara Sekolah-Sekolah Menengah Zon III Tutong, 2.15 ptg
19 March 2008 - Kejohanan Senaman Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong II
d Padang SR Danau, Tutong, 7.30 pagi

Read more...

Saturday, 1 March 2008

Akhir Kejohanan Bolasepak Tutong II

Perlawanan Akhir bagi Kejohanan Bolasepak Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Tutong II Tahun 2008 telah berjaya diadakan pada:

Hari : Khamis 21 Safar 1429 / 28 Februari 2008
Jam : 2.30 Petang
Tempat : Padang Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong I
Tetamu Kehormat : Awang Abdul Kani bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Kanan, Jabatan Sekolah-sekolah, Daerah Tutong.

InsyaAllah keputusan dan gambar perlawanan tersebut akan dipost tidak lama lagi. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan perlawanan tersebut.

Read more...

Masih menunggu senarai pasukan beruniform 2008

Terima kasih kepada Cikgu Sharida bte Jaafar dari Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong atas kiriman email .xls pasukan pengakap. Semoga para guru pengawas yang masih belum menghantar senarai pelajar dan pengawas bagi pasukan beruniform kadet tentera/polis/bomba, pengakap, pandu puteri dan bulan sabit merah, untuk menghantar borang softcopy tersebut kepada kami secepat mungkin.

Terima kasih atas sokongan, masa, tenaga dan kerjasama biskita.

Read more...

Tuesday, 19 February 2008

Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali Pertama

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali Pertama, anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan diadakan:

Tarikh : 29hb. Februari 2008 dan 2hb. Mac 2008
Hari : Jumaat dan Ahad
Jam : Bermula 8 Pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hjh. Masna


Sukacita dipohonkan kepada semua pengetua sekolah menengah/maktab dan guru-guru besar kawasan dan daerah untuk menghantar senarai penyertaan bagi acara tersebut ke Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Satu perjumpaan para pengurus pasukan akan diadakan pada :

Tarikh : 25hb. Feb 2008
Jam : 2.30 Petang
Tempat : Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna


Keterangan, syarat dan format pertandingan akan dipost tidak lama lagi.

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP