Wednesday, 16 July 2008

Kejohanan Badminton Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab Senegara 2008

Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Badminton Peringkat Akhir Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara diadakan pada :

Tarikh / masa : Isnin, 21hb. Julai 2008, 8.30 pagi hingga petang
Selasa 22hb. Julai 2008, 8.30 Pagi hingga petang ( Final bermula jam 2.00 Petang hingga selesai pada 22hb. Julai 2008)

Tempat : Dewan Serbaguna Batalion ke tiga ABDB, Perkhemahan Lumut Belait


Tetamu Kehormat : Yang Berhormat Awang Haji Shafie bin Haji Ahmad
Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Kejohanan melibatkan 8 Pasukan Lelaki dan 8 Pasukan Perempuan dan format permainan adalah 'knock-out system'.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum ini merupakan salah satu projek tahunan jabatan yang dihasratkan dapat menjalin hubungan silaturrahim di kalangan guru-guru, murid bagi mengembangkan keluhuran budi serta membina jasmani dan rohani yang sihat dan mantap.
Ia juga diharapkan akan dapat mencungkil dan memupuk bakat yang sedia ada untuk didedahkan bagi mewakili negara ke peringkat negara yang lebih mencabar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi; YM Hj. Abd. Rahman bin Ismail Unit Jasmani, JPKK, Kuala Belait 3335222

Read more...

Tuesday, 15 July 2008

Mesyuarat Persembahan Kebudayaan 2008

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persembahan antaranya Malam Kebudayaan sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, telah di adakan pada :

Isnin 14hb. Julai 2008
Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kg. Perpindahan Lambak Kanan

Para pegawai penyelaras dari Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, para guru ; pakar hadrah, pemain muzik kugiran dari sekolah-sekolah dan sebagai bermuzakarah untuk memastikan persembahan pada 15hb. Julai dan 19hb. Julai nanti berjalan lancar.

Read more...

Monday, 14 July 2008

Pertandingan Koir Lagu Hari Keputeraan Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008

Pertandingan Koir Lagu Hari Keputeraan Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008 sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada ;

Tarikh : Sabtu Malam Ahad 16 Rejab 1429H / 19 Julai 2008
Jam : 8 Malam
Tempat : Pentas Perayaan Hari Keputeraan, Kawasan Lapang Tempat Letak Kereta Berhadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Di Raja, Bandar Seri Begawan.

Tetamu Kehormat : YM Awang Haji Mohammad Taib bin DH. Haji Abd. Wahab
Pengarah, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan
Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam

Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Penyelaras Kegiatan Koir di Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Read more...

Friday, 11 July 2008

Persembahan Pukulan Hadrah Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Persembahan Pukulan Hadrah Bagi Mengalu-Alukan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Dengan penuh hormat dan sukacita sebagaimana lazimnya, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diamanahkan bagi menyelaras bagi perkara tersebut di atas yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 17 Rejab 1429 / 20 Julai 2008.
Hari : Ahad.
Jam : 7.30 pagi hingga selesai.
Tempat : Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah/maktab dikehendaki untuk menyediakan seramai 20 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas bagi turut serta bagi perkara tersebut.

Kenderaan akan disediakan untuk membawa penuntut-penuntut berserta guru-guru pengawas dan diuruskan melalui Jabatan Daerah selaku Urusetia Tertinggi.

Sekian untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Diatas bantuan dan sokongan dari Cikgu, pihak Jabatan terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Makluman khusus bagi peserta persembahan di sekolah dan maktab berikut:
  1. Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.
  2. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
  3. Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin.
  4. Pusat Tingkatan Enam Berakas.
  5. Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
  6. Sekolah Menengah Awang Semaun.
  7. Sekolah Menengah Berakas.
  8. Sekolah Menengah Masin.
  9. Sekolah Menengah Menglait.
  10. Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna.
  11. Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.
  12. Sekolah Menengah PIHM, Serasa.
  13. Sekolah Menengah Rimba.
  14. Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
  15. Sekolah Menengah Sayyidina Hassan.
  16. Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
  17. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.
  18. Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
  19. Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.
  20. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.
Untuk mendapatkan Jadual Raptai, sila click grafik berikut.


Read more...

Mesyuarat Pertandingan Futsal Senegara 2008


Mesyuarat yang diselajurkan dengan undian bagi Pertandingan Futsal Senegara 2008 sempena Pesta Sukan Sekolah-sekolah Rendah Senegara telah diadakan pada Hari Rabu, 9hb. Julai 2008 bertempat di Dewan Legar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Perpindahan Lambak Kanan.
Mesyuarat yang telah dihadiri para pegawai penyelaras, guru besar dan wakil, akan menyaksikan fasa pertandingan bermula di peringkat zon di daerah masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Jasmani, Jabatan Pendidikan Kokurikulum Lambak, Tel: 2333041, Fax 2332977.

Syabas kepada para peserta dan semoga acara berjalan lancar demi memartabatkan sukan di kalangan anak-anak murid kita.

Read more...

Wednesday, 9 July 2008

Pertandingan Tarian Brunei Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali ke 32 bagi tahun 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Tarian Brunei Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali ke 32 bagi tahun 2008 diadakan pada;

Tarikh : Ahad 10 Rejab 1429H bersamaan 13 Julai 2008
Jam : 8 Pagi
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Jalan 77, Perpindahan Lambak Kanan.
Tetamu : Yang Mulia Awang Hj. Suhaila biin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Pertandingan berkenaan adalah anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Kesenian dan Kebudayaan. Untuk mengetahui maklumat lanjut (dari segi jumlah peserta/sekolah, tarian yang dipersembahkan dan sebagainya) sila hubungi Penyelaras dari
Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, YM Cikgu Dayang bte Muhammad.

Read more...

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Introduction to Sports Science Level 1

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Sijil Kursus Introduction to Sports Science Level 1 bagi guru-guru Sekolah-Sekolah Rendah Senegara tahun 2008 diadakan pada;

Tarikh : Sabtu 9 Rejab 1429H bersamaa 12 Julai 2008
Jam : 3.15 petang
Tempat : Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
Tetamu : Awang Arsad bin Abd. Adis, Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Kursus anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Latihan dan Perkembangan Sukan.

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP