Wednesday, 24 February 2010
Monday, 22 February 2010
Malaysia- Pelajar sekolah wajib sertai sukan mulai tahun depan
Di Malaysia, pelajar sekolah wajib sertai sukan mulai tahun depan
BANDAR JENGKA: Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan mulai tahun depan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata setiap penyertaan pelajar dalam sukan akan diberi mata kredit.
Katanya cadangan itu bertujuan mengembalikan kecermerlangan sukan di sekolah.
Tuesday, 9 February 2010
Program Suntikan Vaksin Influenze H1N1 2010
.jpg)
Merujuk Program Suntikan Vaksin Influenze H1N1 2010 bagi warga perkhidmatan awam (ruj;KPE.UHEA/PRO/K1:4/Health bertarikh 27 Januari 2010.
.jpg)
.jpg)
UPDATE : Atas sebab-sebab tertentu, program ini dihentikan oleh pihak kementerian kesihatan 14.2.2010Wednesday, 3 February 2010
Jadual Latihan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan ke 26 Tahun
Perlawanan Bolasepak Persahabatan Feb 2010
Perlawanan Bolasepak persahabatan 9 aside antara Jabatan Pendidikan KoKurikulum dan Pengadil-pengadil Daerah Brunei Muara akan diadakan;
Saturday, 30 January 2010
Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian 30.1.2010
Mesyuarat Ketua-ketua bahagian telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum demi melancarkan pengurusan kegiatan di jabatan.
Terlebih dahulu Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Mulia Hj. Kassim bin Mohammad Yassin selaku Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum.
Mesyuarat yang dihadiri Ketua-ketua bahagian dari Cawangan Belait, Tutong dan Temburong serta Ketua-Ketua bahagian di Jabatan Ko Kurikulum ini antara lain menyentuh tentang keperluan untuk memberigakan dengan lebih agresif kegiatan-kegiatan di jabatan dengan penerbitan makalah 'MEDIA KO'.
Apa yang sangat diharapkan ialah kerjasama dari SEMUA pihak yang berkenaan untuk memaklumkan semua aktiviti ke bahagian ICT atau PRO untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Usaha ini juga bertepatan dengan inisiatif bahagian ICT untuk merealisasikan projek pengurusan dan pemusatan maklumat 'Centralized Information' agar data, informasi termasuk dokumen-dokumen yang boleh dikongsisama, diperolehi melalui blog dan media lainnya untuk kepentingan bersama.
Semoga harapan untuk menaikkan imej jabatan akan tercapai. AMIN.
Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali ke 3
Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali ke 3 anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum berlangsung pada tarikh berikut, bagi peringkat awal, separuh akhir dan peringkat akhir;
29.1.2010
31.1.2010
5.2.2010
7.2.2010
Jam : 8am hingga 11.30am dan 2.30pm hingga 5.30pm
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
