Selamat berangkat Rombongan Bahas

Majlis Penyerahan Bendera dan Doa Selamat sempena penyertaan rombongan Bahas Muhibah 4PM Negara Brunei Darussalam Ke Singapura 28hb. Mei - 1hb. Jun 2010.

Majlis Penyerahan Bendera dan Doa Selamat sempena penyertaan rombongan Bahas Muhibah 4PM Negara Brunei Darussalam Ke Singapura 28hb. Mei - 1hb. Jun 2010.
Terlebih dahulu, ucapan terima kasih kepada Bahagian Sukan dan Permainan kerana mengongsikan bahan untuk semua.
Cikgu Nur Aini binti Hj Timbang menyampaikan taklimat Skim Catur di Daerah Temburong pada 17 Mei 2010. Skim Catur bermula pada 23 Mei 2010 bagi kempat-empat daerah.
TAHNIAH KEPADA Sekolah Rendah Pantai Berakas
Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei 2A Tahun 2010 yang berlangsung pada 23 Mei 2010 (Ahad).
Visi
Keberkesanan pendidikan kokurikulum ke arah kemajuan, keamanan dan kemakmuran Negara.
Misi
Mengembangkan bakat, kemahiran serta sahsiah pelajar untuk mencapai potensi yang maksima.
Objektif
1. Untuk melahirkan generasi pelajar yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak (resilient) di samping menyemai sifat-sifat dan nilai-nilai murni dan luhur.
2. Untuk membolehkan pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya demi mencapai kecemerlangan
3. Untuk melibatkan seberapa banyak pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
4. Untuk menjadikan pelajar yang dapat merancang program-program riadah yang sihat, bermanfaat serta selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat.
5. Untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir di bidang akademik tetapi juga berkemahiran dalam bidang-bidang yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan jasmani, rohani, peribadi, intelek, emosi dan sosial yang menyeluruh dalam sama-sama mendukung tanggungjawab terhadap negara, ugama dan bangsa. Untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam pendidikan kokurikulum sukan dan menyemai potensi mereka untuk menjadi sport elite di masa akan datang.
6. Untuk memberi peluang kepada guru-guru menjalani kursus-kursus dan latihan-latihan yang berhubungkait dengan pelaksanaan kegiatan kokurikulum yang berkesan di sekolah/maktab.
Fungsi
Sebagai pusat perancangan dan pelaksanaan serta sumber dan penggerak segala kegiatan-kegiatan tambahan di sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab seluruh Negara dari segi:
1.1 Merancang, menyelaras, menyelia, menasihat, membimbing/ melatih dan seterusnya menilai kegiatan-kegiatan tambahan.
1.2 Mengadakan projek-projek latihan, kursus, seminar dan bengkel bagi maksud memperkembangkan kegiatan-kegiatan.
1.3 Merancang dan menyelaras peruntukan dan kemudahan bagi pelaksanaan kegiatan-kegiatan.
1.4 Sebagai penasihat dan penyelaras kepada sekolah-sekolah/maktab-maktab yang ingin menganjur/mengelola kegiatan-kegiatan masing-masing.
1.5 Sebagai penganjur, pengelola dan pelaksana secara langsung kegiatan-kegiatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa apabila Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah.
2. Sebagai penyelaras dan penghubung di antara pihak sekolah/maktab dengan pihak luar.
2.1 Bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian lain dalam acara perayaan dan antarabangsa yang melibatkan sekolah/maktab.
2.2 Bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian lain seperti kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan pasukan beruniform (Kadet Tentera, Kadet Polis, Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah, Kadet Bomba dan Penyelamat dan sebagainya).
3. Sebagai penghubung, penyelaras, penasihat dan memberi maklumat kepada pihak sekolah/maktab berhubung dengan penglibatan/penyertaan sekolah/ maktab dengan pihak yang berkenaan (dalam dan luar negara).
4. Bertanggungjawab memberikan nasihat, penilaian dan penghargaan atas usaha bakti dan pencapaian guru-guru dan pelajar-pelajar secara perseorangan, kumpulan mahupun keseluruhan (sekolah/maktab).
5. Bertanggungjawab atas kerja-kerja yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan seperti mengaturkan lawatan, persembahan kebudayaan dan sebagainya seperti dalam seminar, symposium, mesyuarat di peringkat antarabangsa apabila Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah.

Pertandingan Tarian Asli Sekolah Rendah 2010 telah selesai dijalankan. Tahniah kepada Sekolah yang berjaya.

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu pihak Jabatan ingin memohon maaf atas sebarang masalah yang berlaku ketika kerosakan perkhidmatan Telefon.
Setelah lebih 5 bulan, Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan telefon jabatan sudah kembali berfungsi seperti biasa.
Sekian harap maklum.
Wassalam
Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian Jabatan Pendidikan Kokurikulum sedang berlangsung di bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jalan 10, Kg. Perpindahan Lambak Kanan.
Antara lain mesyuarat kali ini membincangkan;
1. Pesta Sukan 2010
2. ASEAN School Games, Kuala Lumpur, Malaysia.
Semoga berjalan lancar dan diberkati. Amin.
Wakil-wakil sekolah, jurulatih dan guru pengawas dari Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab yang mengikuti saringan untuk pertandingan Gulintangan antara sekolah-sekolah dan maktab-maktab seluruh Negeri 2010.
Click for larger image. Appreciate if wakil dari sekolah berkenaan menyatakan nama-nama peserta, pengawas dan jurulatih untuk rujukan pihak JPKK.
Gambar di bawah adalah untuk rujukan pihak yang berkenaan sahaja dan tidak dibenarkan untuk digunakan selain daripada tujuan arkib dan rujukan pertandingan. Mohon kerjasama. Terima kasih.











© Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009
Back to TOP