Tuesday, 29 April 2008
Sunday, 20 April 2008
Mesyuarat Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008
Mesyuarat Pertama Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Senegara 2008 telah diadakan pada hari Khamis, 17hb. April 2008, Jam 2.30 Petang di Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak.
Antara agenda perbincangan ialah:
Kertas Kerja Pesta Sukan yang akan dihadapkan ke pihak Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan yang merangkumi pelbagai aspek, khususnya peruntukan dan pelantikan ahli jawatankuasa.
Ahli-ahli jawatankuasa kerja terdiri dari para pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum sendiri dan wakil dari pihak sekolah-sekolah yang terlibat serta agensi kerajaan lainnya; Pihak Polis DiRaja Brunei, Pertubuhan Beruniform, Media Massa dan sebagainya.
Adalah menjadi harapan semua agar pengalaman daripada perlaksanaan Pesta Sukan Sekolah-sekolah Menengah, Maktab-maktab dan pendidikan swasta pada tahun 2007 akan dapat dimanfaatkan dalam usaha menjadikan pesta sukan pada tahun lebih tersusun dan mendapat kerjasama semua pihak.
Tuesday, 4 March 2008
Maklumat Terkini dari Cawangan Kokurikulum Daerah Tutong 3.3.2008
3 March 2008 - Keputusan akhir bolajaring Tutong I
Saturday, 1 March 2008
Akhir Kejohanan Bolasepak Tutong II
Perlawanan Akhir bagi Kejohanan Bolasepak Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Tutong II Tahun 2008 telah berjaya diadakan pada:
Hari : Khamis 21 Safar 1429 / 28 Februari 2008
Jam : 2.30 Petang
Tempat : Padang Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong I
Tetamu Kehormat : Awang Abdul Kani bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Kanan, Jabatan Sekolah-sekolah, Daerah Tutong.
InsyaAllah keputusan dan gambar perlawanan tersebut akan dipost tidak lama lagi. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan perlawanan tersebut.
Masih menunggu senarai pasukan beruniform 2008
Terima kasih kepada Cikgu Sharida bte Jaafar dari Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong atas kiriman email .xls pasukan pengakap. Semoga para guru pengawas yang masih belum menghantar senarai pelajar dan pengawas bagi pasukan beruniform kadet tentera/polis/bomba, pengakap, pandu puteri dan bulan sabit merah, untuk menghantar borang softcopy tersebut kepada kami secepat mungkin.
Terima kasih atas sokongan, masa, tenaga dan kerjasama biskita.
Tuesday, 19 February 2008
Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali Pertama
Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali Pertama, anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan diadakan:
Tarikh : 29hb. Februari 2008 dan 2hb. Mac 2008
Hari : Jumaat dan Ahad
Jam : Bermula 8 Pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hjh. Masna
Sukacita dipohonkan kepada semua pengetua sekolah menengah/maktab dan guru-guru besar kawasan dan daerah untuk menghantar senarai penyertaan bagi acara tersebut ke Jabatan Pendidikan Kokurikulum.
Satu perjumpaan para pengurus pasukan akan diadakan pada :
Tarikh : 25hb. Feb 2008
Jam : 2.30 Petang
Tempat : Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna
Keterangan, syarat dan format pertandingan akan dipost tidak lama lagi.
Lawatan Kerja Ke Sekolah-Sekolah
Ketika ini, para pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum sedang membuat pemantauan dan kaji selidik aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di seluruh negara bagi bulan Februari 2008.
Pemantauan tersebut juga melibatkan pengisian borang kaji selidik bagi sekolah/maktab berkenaan termasuklah perjalanan dan perlaksanaan aktiviti kokurikulum yang merangkumi aspek jasmani (sukan), keagamaan, kesenian dan kebudayaan, kegiatan pasukan beruniform dan sebarang aktiviti tambahan yang mungkin berjaya dilaksanakan di sekolah tersebut, untuk disebarluaskan di sekolah/maktab yang lain.
Semoga harapan JPKK untuk mempertingkatkan penglibatan para murid dan pelajar akan berjaya dan mendapat sokongan semua. AMIN.
