Wednesday, 3 February 2010
Perlawanan Bolasepak Persahabatan Feb 2010
Perlawanan Bolasepak persahabatan 9 aside antara Jabatan Pendidikan KoKurikulum dan Pengadil-pengadil Daerah Brunei Muara akan diadakan;
Saturday, 30 January 2010
Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian 30.1.2010
Mesyuarat Ketua-ketua bahagian telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum demi melancarkan pengurusan kegiatan di jabatan.
Terlebih dahulu Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Mulia Hj. Kassim bin Mohammad Yassin selaku Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum.
Mesyuarat yang dihadiri Ketua-ketua bahagian dari Cawangan Belait, Tutong dan Temburong serta Ketua-Ketua bahagian di Jabatan Ko Kurikulum ini antara lain menyentuh tentang keperluan untuk memberigakan dengan lebih agresif kegiatan-kegiatan di jabatan dengan penerbitan makalah 'MEDIA KO'.
Apa yang sangat diharapkan ialah kerjasama dari SEMUA pihak yang berkenaan untuk memaklumkan semua aktiviti ke bahagian ICT atau PRO untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Usaha ini juga bertepatan dengan inisiatif bahagian ICT untuk merealisasikan projek pengurusan dan pemusatan maklumat 'Centralized Information' agar data, informasi termasuk dokumen-dokumen yang boleh dikongsisama, diperolehi melalui blog dan media lainnya untuk kepentingan bersama.
Semoga harapan untuk menaikkan imej jabatan akan tercapai. AMIN.
Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali ke 3
Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali ke 3 anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum berlangsung pada tarikh berikut, bagi peringkat awal, separuh akhir dan peringkat akhir;
29.1.2010
31.1.2010
5.2.2010
7.2.2010
Jam : 8am hingga 11.30am dan 2.30pm hingga 5.30pm
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
Wednesday, 27 January 2010
Biasiswa Kerajaan KDYMM, Syarikat Minyak Shell Sdn. Bhd, JPKE dan perkhidmatan pentadbiran sesi pengajian 2010/2011
Biasiswa Kerajaan KDYMM, Syarikat Minyak Shell Sdn. Bhd, JPKE dan perkhidmatan pentadbiran sesi pengajian 2010/2011 di tahap ijazah lanjutan, / ikhtisas / ijazah pertama / higher diploma atas skim tersebut di atas telah dibukakan permohonannya.
Tuesday, 26 January 2010
Asian Schools Football U15 Competition 2011, Brunei
- Establishment of Executive Working Committee and Secretariat.
- Rules of Competition to ASIAN School members
- Invitation letters to participating schools
- Confirmation of participation
Monday, 25 January 2010
Pemilihan wakil NBD Sukan Sepak Takraw ASEAN Schools
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan mengadakan pemilihan bagi acara berikut:
