Monday, 6 June 2011

Mesyuarat ASG Singapura 2011

Majlis Perjumpaan dan taklimat bersama Ketua Rombongan, Timbalan Ketua Rombongan, Sekretariat, Pegawai Perubatan, Pengurus Pasukan, Jurulatih, Penolong Jurulatih, Chaperon dan Pengadil bagi Kejohanan ASEAN SCHOOLS GAMES 2011 Singapure 1-7 Julai 2011.

Semoga semua berjalan lancar. AMIN.

Antara beberapa perkara yang ditimbulkan ialah :Semua ahli delegasi hendaklah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas TIDAK LEWAT TIGA JAM sebelum bertolak.

  1. Beberapa pembayaran ekstra untuk aktiviti yang tidak termasuk dalam proses perlawanan ; excess baggage etc. Pihak Majlis Sukan mengambil maklum.
  2. Isu mengenai pasport mansuh/kurang mukasurat. Diharapkan semua pihak untuk bersedia.
  3. Disiplin pelajar sangat ditekankan dan menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat, khususnya pengurus pasukan. Diharapkan para pelajar juga dapat memberikan kerjasama untuk menjaga nama baik negara, sesuai dengan status sebagai duta kecil Brunei.
  4. Perhatian kepada semua yang terlibat untuk tidak membawa dan menkonsumsi chewing gum dan beberapa perkara yang MESTI diambil perhatian ketika di Singapura nanti.
  5. Aspek keselamatan sangat penting, bukan sahaja keselamatan nyawa, termasuk juga keselamatan harta benda dan dokumen-dokumen penting. Wang, pasport, telefon bimbit, jam dan sebagainya perlu diawasi. Diharapkan semua pihak khususnya para atlet untuk berwaspada.
  6. Semua pegawai dikehendaki untuk menyerahkan laporan tidak lewat 2 minggu setelah kembali ke Negara Brunei Darussalam.
  7. Peralatan sudah dipohonkan dan insyaAllah semua akan tersedia sebelum bertolak.
  8. Kenderaan seperti bas mungkin dikongsi bersama atlet dari negara lain. Para pelajar dan pihak yang terlibat diharap bersedia.
  9. Komunikasi khususnya pihak sekretariat akan mempunyai nombor perhubungan untuk kemudahan.
  10. Semua venue mempunyai peraturan dan syarat yang perlu dipatuh semua pihak yang terlibat ; seperti penggunaan bola dan sebagainya.
  11. Semua nombor-nombor penting ; sekretariat, Liaison Officer dan nombor-nombor kecemasan yang lain, hendaklah diambil perhatian dan disimpan.
InsyaAllah semua maklumat akan dikemaskinikan di laman blog ASSG Brunei di sini.

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP