Saturday, 18 June 2011

Tahniah MSSBD!! (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan)















Tahniah kepada semua atlit, pengurus, jurulatih, penolong jurulatih Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum) atas kejayaan mendapat 42 pingat emas, 35 perak dan 24 gangsa, membawa jumlah keseluruhan pingat sebanyak 101.

Tahniah juga kepada Maziah Mahusin kerana berjaya mendapat anugerah olahragawati terbaik dengan Pencapaian : 5 pingat emas dalam acara Lompat Tinggi, 200M (28.11saat, NGR), 400M hurdles (1min 18.30saat, NGR), 4x100M dan 4x400M. Walaupun Amanda Liew berjaya mendapat 6 pingat emas dalam acara renang namun pihak penganjur menganugerahkan gelaran tersebut bukan sahaja dari aspek pingat tetapi juga dari aspek pemecahan rekod.

Pihak MSSBD (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan) sukacita merakamkan jutaan tahniah kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Belia dan Sukan atas kejayaan mengendalikan Pesta Sukan Remaja kali ke V bagi tahun 2011. Adalah menjadi harapan pihak MSSBD (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan) untuk mengharumkan nama negara dengan melahirkan atlit yang berkarisma dan berprestasi tinggi.

Tahniah juga kepada semua atlit yang mewakili daerah Brunei Muara, Tutong, Belait dan Temburong atas semangat setiakawan dan kesukanan yang telah ditonjolkan sepanjang acara PSR berlangsung.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak Kementerian Pendidikan melalui pihak SUT serta Bahagian DA, Permakanan dan Asrama, Bahagian Kenderaan, Bahagian Keselamatan dan semua yang telah berusaha menyokong usaha pihak MSSBD (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan) untuk memberikan yang terbaik demi kesejahteraan dan prestasi terbaik atlit.

Maju Sukan untuk negara..

Ikhlas dari
Sekretariat Tetap ASSC
Negara Brunei Darussalam

keputusan MUTAKHIR dari pihak Sekretariat PSR2011

Untuk perhatian dan tindakan penganjuran di masa akan datang oleh pihak sekretariat ASSC;
- Untuk memastikan semua maklumat adalah TEPAT, CEPAT dan TERKINI di semua sebaran dan outlet maklumat.
- Komunikasi bertindih dielakkan
- Liputan media menyeluruh dan centralized untuk masing-masing kontinjen ; cetak (newsletter) dan media baru.
- Cultural Education Programme untuk para atlit ketika mereka tidak berlatih.
- Konsisten dan tanpa prejudis di semua peringkat; teknikal, penghakiman, komunikasi etc. Tiada BIAS dan agenda tersendiri bagi SEMUA. Peraturan dan syarat dijalankan dengan adil.
- Persiapan awal semua by counting down from actually date of events; logistics, venue, peruntukan, persuratan, percetakan, publisiti, keselamatan, permakanan.
- Aspek permakanan atlit MESTI diambilkira untuk peningkatan prestasi di samping kebajikan dari segi tempat tinggal, keselesaan (entertainment thru CEP) , kelengkapan dan kemudahan (medic) etc.

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP