Saturday, 15 January 2011

Program Amalan Senaman dan Riadah Kementerian Pendidikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Amalan Senaman dan Riadah Kementerian Pendidikan yang diselenggarakan Jabatan Pendidikan Kokurikulum bermula 15hhb. Januari 2011 sepanjang tahun ini insyaAllah, setiap hari Sabtu bermula jam 4 Petang.

  • 15hb. Januari 2011
  • 4 Petang
  • Sekolah Sukan, Kg. Pulaie

Semoga objektif program tersebut tercapai. Amin.

SILA RUJUK KE KALENDAR DCCE DI ATAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT; MASA, TARIKH DAN SEBAGAINYA ( just in case ada pembatalan, perubahan venue etc).

Jadual bertugas bagi Pegawai dan Kakitangan DCCE dan Sekolah Sukan bagi program di atas.

Penyelaras Kumpulan A Minggu 1 & 3)
Bhg. Sukan dan Permainan - Penyelaras
Bhg. Pentadbiran, Kewangan dan Stor
Bhg. Kesenian, Kebudayaan & Keusahawanan
Bhg. Penyelidikan dan Perkembangan
Bhg. Perhubungan Awam

Penyelaras Kumpulan A Dari Sekolah Sukan
Jabatan Bahasa Melayu dan MIB
Jabatan Bahasa Inggeris
Jabatan Matematik
Jabatan Sains
Jabatan Kejurulatihan

Penyelaras Kumpulan B ( Minggu 2 & 4)
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah - Penyelaras
Bhg. Sihat dan Cergas
Bhg. Keagamaan
Bhg. Pasukan Beruniform
Bhg. IT

Penyelaras Kumpulan B Dari Sekolah Sukan
Jabatan Keagamaan
Jabatan Geografi
Jabatan Sejarah
Jabatan Perdagangan
Jabatan Lukisan
Jabatan Sains Sukan / Pendidikan Jasmani
Bahagian Kejurulatihan

Jabatan yang terlibat dalam Kumpulan A (Minggu 1 & Minggu 3)
Pejabat Setiausaha Tetap
Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan
Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet
Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan
Jabatan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia
Jabatan Pendidikan Kokurikulum
Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah
Jabatan Pendidikan Teknik
Bahagian Pengajian Tinggi
Unit Pengurusan Strategik
Bahagian Dermasiswa

Jabatan yang terlibat dalam Kumpulan B ( Minggu 2 & Minggu 4)
Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan
Jabatan Sekolah-sekolah
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Perkembangan Kurikulum
Unit Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Swasta
Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Perhubungan Awam
Urusetia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan
Urusetia Majlis Pelajaran Kebangsaan
Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
Jabatan Peperiksaan



update by Adam Mokhtar - IT1

Read more...

Thursday, 13 January 2011

profil jabatan 2011

Data terkini JPKK 2011 - Versi Melayu

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
Co-Curricular Education Department
JALAN 10, KG. PERPINDAHAN LAMBAK KANAN BC2315
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
FAX : 2332977
TEL : 2333041, 2333043, 2333053, 2333054 & 2333061


Jabatan
Jabatan Pendidikan Kokurikulum

Alamat
Jalan 10, Kg. Perpindahan Lambak Kanan BC2315, Negara Brunei Darussalam

No. Telefon
TEL : 2333041, 2333043, 2333053, 2333054 & 2333061

Nombor Faks
FAX : 2332977

Alamat Email
jpkkmoe@gmail.com

Visi
Keberkesanan pendidikan kokurikulum ke arah kemajuan, keamanan dan kemakmuran Negara.

Misi
Mengembangkan bakat, kemahiran serta sahsiah pelajar untuk mencapai potensi yang maksima.

Objektif
1. Untuk melahirkan generasi pelajar yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak (resilient) di samping menyemai sifat-sifat dan nilai-nilai murni dan luhur.
2. Untuk membolehkan pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya demi mencapai kecemerlangan
3. Untuk melibatkan seberapa banyak pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
4. Untuk menjadikan pelajar yang dapat merancang program-program riadah yang sihat, bermanfaat serta selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat.
5. Untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir di bidang akademik tetapi juga berkemahiran dalam bidang-bidang yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan jasmani, rohani, peribadi, intelek, emosi dan sosial yang menyeluruh dalam sama-sama mendukung tanggungjawab terhadap negara, ugama dan bangsa. Untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam pendidikan kokurikulum sukan dan menyemai potensi mereka untuk menjadi sport elite di masa akan datang.
6. Untuk memberi peluang kepada guru-guru menjalani kursus-kursus dan latihan-latihan yang berhubungkait dengan pelaksanaan kegiatan kokurikulum yang berkesan di sekolah/maktab.

Fungsi
Sebagai pusat perancangan dan pelaksanaan serta sumber dan penggerak segala kegiatan-kegiatan tambahan di sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab seluruh Negara dari segi:

1.1 Merancang, menyelaras, menyelia, menasihat, membimbing/ melatih dan seterusnya menilai kegiatan-kegiatan tambahan.
1.2 Mengadakan projek-projek latihan, kursus, seminar dan bengkel bagi maksud memperkembangkan kegiatan-kegiatan.
1.3 Merancang dan menyelaras peruntukan dan kemudahan bagi pelaksanaan kegiatan-kegiatan.
1.4 Sebagai penasihat dan penyelaras kepada sekolah-sekolah/maktab-maktab yang ingin menganjur/mengelola kegiatan-kegiatan masing-masing.
1.5 Sebagai penganjur, pengelola dan pelaksana secara langsung kegiatan-kegiatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa apabila Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah.
2. Sebagai penyelaras dan penghubung di antara pihak sekolah/maktab dengan pihak luar.
2.1 Bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian lain dalam acara perayaan dan antarabangsa yang melibatkan sekolah/maktab.
2.2 Bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian lain seperti kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan pasukan beruniform (Kadet Tentera, Kadet Polis, Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah, Kadet Bomba dan Penyelamat dan sebagainya).
3. Sebagai penghubung, penyelaras, penasihat dan memberi maklumat kepada pihak sekolah/maktab berhubung dengan penglibatan/penyertaan sekolah/ maktab dengan pihak yang berkenaan (dalam dan luar negara).
4. Bertanggungjawab memberikan nasihat, penilaian dan penghargaan atas usaha bakti dan pencapaian guru-guru dan pelajar-pelajar secara perseorangan, kumpulan mahupun keseluruhan (sekolah/maktab).
5. Bertanggunjawab atas kerja-kerja yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan seperti mengaturkan lawatan, persembahan kebudayaan dan sebagainya seperti dalam seminar, symposium, mesyuarat di peringkat antarabangsa apabila Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah.

Bahagian / Unit
1. Bahagian Pentadbiran
2. Bahagian IT
1. Bahagian Penyelidikan
2. Bahagian Perhubungan Awam
3. Bahagian Kewangan dan Stor
4. Bahagian Keagamaan
5. Bahagian Kesenian dan Kebudayaan
6. Bahagian Jasmani
7. Bahagian Pasukan Beruniform
8. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
9. Cawangan Daerah Tutong
10. Cawangan Daerah Belait
11. Cawangan Daerah Temburong


Kalendar Acara / Aktiviti dan Pertandingan
Sila rujuk Kalendar Blog

Khidmat yang ditawarkan
1. Khidmat perunding / nara sumber kegiatan jasmani, kesenian dan kebudayaan dan keagamaan.
2. Latihan dan bengkel kepada para penuntut / atlit.
3. Kursus, seminar dan bengkel kejurulatihan, “Training of Trainers” dalam kegiatan JAR.
4. Menyediakan peralatan dan kemudahan.
5. Menyediakan pegawai teknikal/hakim.
6. Mengadakan perundingan peringkat kawasan, daerah, negara, serantau dan antarabangsa.

Rangkaian Luar
http://kuizpsr.blogspot.com
http://aslibrunei.blogspot.com
http://hadrahbrunei.blogspot.com
http://debatbrunei.blogspot.com

Email : jpkkmoe@gmail.com

Read more...

Monday, 10 January 2011

Kejohanan BolaSepak 8 Sepasukan Piala Timbalan Menteri Pendidikan

Kejohanan BolaSepak 8 Sepasukan Piala Timbalan Menteri Pendidikan kini dibukakan untuk penyertaan.

1. Yuran penyertaan adalah B$120.00 untuk sebuah pasukan.

2. Borang pendaftaran dan bayaran hendaklah diserahkan pada mesyuarat bersama pengurus-pengurus pasukan dan seterusnya undian perlawanan dibuat (29.01.2011), Jam 2.30 petang, Bilik Mesyuarat I, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

3. Bagi sebarang keterangan lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Pg Hj Hamzah bin Pg Hj Mohamad (8756544), Awg Hj Narudin bin Hj Puteh (7131718), dan Awg Mohd Norilham bin Hj Jais (8861042).

Borang-borang penyertaan boleh didapati daripada :

1. Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais - (8861042)
2. Awang Haji Narudin bin Hj Puteh - (7131718)
3. Pg Jusri bin Pg Hj Hassim - (8758810)
4. Awang Hj Eady sardi bin PDDSDP Hj Abd Razak - (8737375)
(Cawangan Kokurikulum Daerah Belait)
5. Awang Hj Hairul Absah bin Abd Lahai - (8864698)
(Cawangan Kokurikulum Daerah Tutong)
6. Awang Tahir bin Samsu - (8765187)
(Cawangan Kokurikulum Daerah Belait)


Borang Penyertaan klik sini
Syarat Penyertaan klik sini

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP