Saturday, 30 January 2010

Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian 30.1.2010

Mesyuarat Ketua-ketua bahagian telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum demi melancarkan pengurusan kegiatan di jabatan.

Terlebih dahulu Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Mulia Hj. Kassim bin Mohammad Yassin selaku Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Mesyuarat yang dihadiri Ketua-ketua bahagian dari Cawangan Belait, Tutong dan Temburong serta Ketua-Ketua bahagian di Jabatan Ko Kurikulum ini antara lain menyentuh tentang keperluan untuk memberigakan dengan lebih agresif kegiatan-kegiatan di jabatan dengan penerbitan makalah 'MEDIA KO'.

Apa yang sangat diharapkan ialah kerjasama dari SEMUA pihak yang berkenaan untuk memaklumkan semua aktiviti ke bahagian ICT atau PRO untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

Usaha ini juga bertepatan dengan inisiatif bahagian ICT untuk merealisasikan projek pengurusan dan pemusatan maklumat 'Centralized Information' agar data, informasi termasuk dokumen-dokumen yang boleh dikongsisama, diperolehi melalui blog dan media lainnya untuk kepentingan bersama.

Semoga harapan untuk menaikkan imej jabatan akan tercapai. AMIN.

Read more...

Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali ke 3

Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali ke 3 anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum berlangsung pada tarikh berikut, bagi peringkat awal, separuh akhir dan peringkat akhir;

29.1.2010
31.1.2010
5.2.2010
7.2.2010

Jam : 8am hingga 11.30am dan 2.30pm hingga 5.30pm
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

Read more...

Wednesday, 27 January 2010

Biasiswa Kerajaan KDYMM, Syarikat Minyak Shell Sdn. Bhd, JPKE dan perkhidmatan pentadbiran sesi pengajian 2010/2011

Biasiswa Kerajaan KDYMM, Syarikat Minyak Shell Sdn. Bhd, JPKE dan perkhidmatan pentadbiran sesi pengajian 2010/2011 di tahap ijazah lanjutan, / ikhtisas / ijazah pertama / higher diploma atas skim tersebut di atas telah dibukakan permohonannya.


Tarikh tutup menghantar permohonan ialah tidak lewat 4hb. Mac 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Bahagian masing-masing.

Semoga berjaya!!

Read more...

Tuesday, 26 January 2010

Asian Schools Football U15 Competition 2011, Brunei














Asian Schools Football U15 Competition 2011, Negara Brunei Darussalam

will be updated soon.

in process..
  1. Establishment of Executive Working Committee and Secretariat.
  2. Rules of Competition to ASIAN School members
  3. Invitation letters to participating schools
  4. Confirmation of participation

Read more...

Monday, 25 January 2010

Pemilihan wakil NBD Sukan Sepak Takraw ASEAN Schools

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan mengadakan pemilihan bagi acara berikut:


Sukan Sepak Takraw di ASEAN Schools Competition

Oleh yang demikian, sukacita menjemput para pelajar (rendah/menengah) yang berminat untuk mengikutinya bolehlah hadir pada :

Tarikh : Jumaat 5hb. Februari 2010
Jam : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, SM PAP Hjh. Masna, Kg. Perpindahan Lambak Kanan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi penyelaras Yang Mulia Cikgu Hj. Keria Hj. Mahmut, JPKK Tutong 4221604 (waktu pejabat).

Read more...

Pemilihan Sukan Sepak Takraw Februari 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan mengadakan pemilihan bagi acara berikut:


Sukan Sepak Takraw untuk Sukan Anjuran Kementerian Pendidikan Brunei.

Oleh yang demikian, sukacita menjemput para guru (rendah/menengah) yang berminat untuk mengikutinya bolehlah hadir pada :

Tarikh : Jumaat 5hb. Februari 2010
Jam : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, SM PAP Hjh. Masna, Kg. Perpindahan Lambak Kanan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi penyelaras Yang Mulia Cikgu Hj. Keria Hj. Mahmut, JPKK Tutong 4221604 (waktu pejabat).


Read more...

Tuesday, 12 January 2010

Kalendar Aktiviti 2010 DCCE

Assalamualaikum dan Salam bahagia semua,

Dengan hormat disertakan kalendar untuk rujukan semua guru-guru di Negara Brunei Darussalam. Mungkin juga ada pelajar/murid dan ibubapa yang berminat untuk mendapatkannya.

Sila klik
sini untuk salinan softcopy kalendar tersebut.

Jika ada sebarang maklumat dan/atau komen (positif dan negatif), sila email kami di jpkkmoe@gmail.com.

Wassalam dan Salam Hormat.

ict2

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP