Thursday, 17 July 2008

Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara kali ke 39 2008

Dengan penuh hormat dan sukacita menjunjung dan mempersilakan para pegawai dan guru-guru di sekolah yang terlibat dengan kejohanan di atas untuk hadir memeriahkan dan memberikan sokongan moral yang sangat diperlukan.

Kerjasama semua pihak adalah sangat dihargai dan tidak lupa dirakamkan ribuan terima kasih.

Sila rujuk jadual yang disertakan bermula 24hb. Julai 2008 hingga 3hb. Ogos 2008. Sila click untuk imej besar (printing purposes).

Jadual ini disertakan dalam memo keliling ke semua Pengetua Sekolah-sekolah, maktab-maktab kerajaan dan pendidikan swasta.




Read more...

Wednesday, 16 July 2008

Kejohanan Badminton Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab Senegara 2008

Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Badminton Peringkat Akhir Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara diadakan pada :

Tarikh / masa : Isnin, 21hb. Julai 2008, 8.30 pagi hingga petang
Selasa 22hb. Julai 2008, 8.30 Pagi hingga petang ( Final bermula jam 2.00 Petang hingga selesai pada 22hb. Julai 2008)

Tempat : Dewan Serbaguna Batalion ke tiga ABDB, Perkhemahan Lumut Belait


Tetamu Kehormat : Yang Berhormat Awang Haji Shafie bin Haji Ahmad
Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Kejohanan melibatkan 8 Pasukan Lelaki dan 8 Pasukan Perempuan dan format permainan adalah 'knock-out system'.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum ini merupakan salah satu projek tahunan jabatan yang dihasratkan dapat menjalin hubungan silaturrahim di kalangan guru-guru, murid bagi mengembangkan keluhuran budi serta membina jasmani dan rohani yang sihat dan mantap.
Ia juga diharapkan akan dapat mencungkil dan memupuk bakat yang sedia ada untuk didedahkan bagi mewakili negara ke peringkat negara yang lebih mencabar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi; YM Hj. Abd. Rahman bin Ismail Unit Jasmani, JPKK, Kuala Belait 3335222

Read more...

Tuesday, 15 July 2008

Mesyuarat Persembahan Kebudayaan 2008

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persembahan antaranya Malam Kebudayaan sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, telah di adakan pada :

Isnin 14hb. Julai 2008
Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kg. Perpindahan Lambak Kanan

Para pegawai penyelaras dari Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, para guru ; pakar hadrah, pemain muzik kugiran dari sekolah-sekolah dan sebagai bermuzakarah untuk memastikan persembahan pada 15hb. Julai dan 19hb. Julai nanti berjalan lancar.

Read more...

Monday, 14 July 2008

Pertandingan Koir Lagu Hari Keputeraan Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008

Pertandingan Koir Lagu Hari Keputeraan Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008 sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada ;

Tarikh : Sabtu Malam Ahad 16 Rejab 1429H / 19 Julai 2008
Jam : 8 Malam
Tempat : Pentas Perayaan Hari Keputeraan, Kawasan Lapang Tempat Letak Kereta Berhadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Di Raja, Bandar Seri Begawan.

Tetamu Kehormat : YM Awang Haji Mohammad Taib bin DH. Haji Abd. Wahab
Pengarah, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan
Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam

Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Penyelaras Kegiatan Koir di Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Read more...

Friday, 11 July 2008

Persembahan Pukulan Hadrah Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Persembahan Pukulan Hadrah Bagi Mengalu-Alukan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke Majlis Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Dengan penuh hormat dan sukacita sebagaimana lazimnya, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diamanahkan bagi menyelaras bagi perkara tersebut di atas yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 17 Rejab 1429 / 20 Julai 2008.
Hari : Ahad.
Jam : 7.30 pagi hingga selesai.
Tempat : Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah/maktab dikehendaki untuk menyediakan seramai 20 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas bagi turut serta bagi perkara tersebut.

Kenderaan akan disediakan untuk membawa penuntut-penuntut berserta guru-guru pengawas dan diuruskan melalui Jabatan Daerah selaku Urusetia Tertinggi.

Sekian untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Diatas bantuan dan sokongan dari Cikgu, pihak Jabatan terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Makluman khusus bagi peserta persembahan di sekolah dan maktab berikut:
  1. Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.
  2. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
  3. Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin.
  4. Pusat Tingkatan Enam Berakas.
  5. Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
  6. Sekolah Menengah Awang Semaun.
  7. Sekolah Menengah Berakas.
  8. Sekolah Menengah Masin.
  9. Sekolah Menengah Menglait.
  10. Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna.
  11. Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.
  12. Sekolah Menengah PIHM, Serasa.
  13. Sekolah Menengah Rimba.
  14. Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
  15. Sekolah Menengah Sayyidina Hassan.
  16. Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
  17. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.
  18. Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
  19. Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.
  20. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.
Untuk mendapatkan Jadual Raptai, sila click grafik berikut.


Read more...

Mesyuarat Pertandingan Futsal Senegara 2008


Mesyuarat yang diselajurkan dengan undian bagi Pertandingan Futsal Senegara 2008 sempena Pesta Sukan Sekolah-sekolah Rendah Senegara telah diadakan pada Hari Rabu, 9hb. Julai 2008 bertempat di Dewan Legar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Perpindahan Lambak Kanan.
Mesyuarat yang telah dihadiri para pegawai penyelaras, guru besar dan wakil, akan menyaksikan fasa pertandingan bermula di peringkat zon di daerah masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Jasmani, Jabatan Pendidikan Kokurikulum Lambak, Tel: 2333041, Fax 2332977.

Syabas kepada para peserta dan semoga acara berjalan lancar demi memartabatkan sukan di kalangan anak-anak murid kita.

Read more...

Wednesday, 9 July 2008

Pertandingan Tarian Brunei Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali ke 32 bagi tahun 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Tarian Brunei Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali ke 32 bagi tahun 2008 diadakan pada;

Tarikh : Ahad 10 Rejab 1429H bersamaan 13 Julai 2008
Jam : 8 Pagi
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Jalan 77, Perpindahan Lambak Kanan.
Tetamu : Yang Mulia Awang Hj. Suhaila biin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Pertandingan berkenaan adalah anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Kesenian dan Kebudayaan. Untuk mengetahui maklumat lanjut (dari segi jumlah peserta/sekolah, tarian yang dipersembahkan dan sebagainya) sila hubungi Penyelaras dari
Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, YM Cikgu Dayang bte Muhammad.

Read more...

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Introduction to Sports Science Level 1

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Sijil Kursus Introduction to Sports Science Level 1 bagi guru-guru Sekolah-Sekolah Rendah Senegara tahun 2008 diadakan pada;

Tarikh : Sabtu 9 Rejab 1429H bersamaa 12 Julai 2008
Jam : 3.15 petang
Tempat : Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
Tetamu : Awang Arsad bin Abd. Adis, Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Kursus anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Latihan dan Perkembangan Sukan.

Read more...

Persembahan Malam Seni Budaya Hari Keputeraan 2008

Alhamdulillah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diberikan kepercayaan mewakili Kementerian Pendidikan bagi mengendalikan Persembahan Malam Seni Budaya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke 62 Tahun bagi Daerah Brunei dan Muara yang akan diadakan pada:

Tarikh : 16 Rejab 1429H bersamaan 19hb. Julai 2008
Hari : Sabtu Malam Ahad
Jam : 8 Malam
Tempat : Pentas Perayaan Hari Keputeraan, Kawasan Letak Kereta berhadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Di Raja, BSB.

Manakal taklimat persiapan bagi acara di atas akan diadakan pada:
Tarikh : Isnin, 14 Julai 2008
Jam : 2 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum Lambak Kanan.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah :

SM SMJA ( Persembahan Gulintangan)
STPRI ( Persembahan Gulintangan)
SMALHB ( Persembahan Hadrah)
SR Dato Othman (Persembahan Tarian dan Hadrah)
SR Kapok (Persembahan Tarian)
SR Raja Isteri Fatimah (Persembahan Tarian)

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. AMIN.

Read more...

Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Menengah, Maktab-maktab dan Pendidikan Swasta Peringkat Negara 1429 / 2008

Tarikh : 9 Julai 2008
Jam : 2pm hingga selesai
Tempat : Dewan Serbaguna Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

Tarikh : 10 Julai 2008
Jam : 8.30 am hingga 4.30 Petang
Tempat : Dewan Serbaguna Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

Kejohanan berkenaan adalah anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Jasmani. Untuk mengetahui maklumat lanjut sila hubungi Ketua Bahagian Jasmani, YM Pg. Jusri Pg.Hj. Hashim,

Read more...

Tuesday, 8 July 2008

Persembahan Pukulan Hadrah Majlis Malam Serumpun

Persembahan Pukulan Hadrah bagi mengalu-alukan Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Malam Serumpun dan Perarakan Kereta Berhias Sempena Hari Keputeraan ke 62 tahun.

Tarikh : 23 Rejab 1429H / 26hb. Julai 2008
Hari : Sabtu
Jam : 6.30 PM hingga selesai
Tempat : Taman SOAS, BSB

Sekolah dan Maktab yang dijemput dikehendaki untuk menyediakan seramai 22 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas bagi turut serta bagi perkara di atas.

Raptai akan dimaklumkan kemudian.

Kenderaan akan disediakan oleh pihak Jabatan Daerah selaku Urusetia Tertinggi.

Makluman khusus bagi;
Maktab Duli Pengiran Muda AlMuhtadee Billah
Sekolah Menengah Masin
Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja
Sekolah Menengah Rimba
Sekolah Menengah Sayyidina Hassan
Sekolah Menengah Sayyidina Hussin

Read more...

Sunday, 6 July 2008

Photography Competition 2008

Co-curricular Education Department welcome ALL students to join the competition.

In conjunction with the auspicious event, The Brunei Times is also organising a photographic competition for all
Bruneians and those residing or visiting Brunei Darussalam — including the invited photojournalists — based on the four themes. Each photographer can submit up to six (6) digital images on each theme.

Three top prizes will be awarded for EACH theme:

  • 1st Prize US$1500
  • 2nd Prize US$1000
  • 3rd Prize US$500.

The Best Photography Award will go to the overall best entry to be chosen from the four 1st Prize winners. In addition, there will be a Special Award for the best entry submitted by students of secondary schools and tertiary institutions.

Selected images from the competition will be featured in a commemorative book for this auspicious event. The book will be presented as a gift to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The book will be rich in visual images and will convey the bond between His Majesty and his loyal subjects.

In order to participate in this competition, submit the photos in digital images together with the entry form before 25 July 2008 to:

committee2008[at]bruneitimes.com.bn
By submitting photos and entry form, you are agreeing to the Rules and Regulations below;

Rules & Regulations

  1. The Competition is open to all Bruneians and those residing or visiting Brunei Darussalam. Management and staff of Brunei Times Sdn Bhd and the Department of Information (the joint organiser) are not allowed to participate in the Competition.
  2. Entries submitted for the Competition must cover the various aspects of Brunei Darussalam based on the following four themes:
    • Celebrations – His Majesty's 62nd Birthday Celebrations.
    • Our People
    • Our Cultural Heritage
    • Our respect for the Environment.
  3. Each participant can submit up to 6 photos for each theme, i.e. maximum 24 photos for 4 themes.
  4. All photos must be in DIGITAL format, either in colour or black-and-white. Slides or prints will not be accepted.
  5. Prizes will be awarded to the three best entries for each theme:
    • 1st Prize : US$1,500
    • 2nd Prize : US$1,000
    • 3rd Prize : US$ 500

    The Overall Best Photography Award will be chosen from the 1st Prize winner for EACH of the theme.

    There will also be a Special Award for the Overall Best Student Entry which will be chosen from the entries submitted by students from the secondary schools and tertiary institutions.

  6. Each participant can only be awarded one prize for each of the themes.
  7. The Organisers reserve the right to disqualify any entries that have been published, or used for any commercial purpose before. The Organisers also reserve the right to disqualify any prize winners who do not own the sole copyright to their entries, and to recover the prizes that have been awarded to them.
  8. The Organisers will not be responsible for lost or damaged entries.
  9. All entries submitted shall become the property of the Organisers, but the photographers will still own the right to use their photos after one year following the announcement of the results of the Competition.
  10. The Organisers have the right to edit any of the entries submitted and use them for the Commemorative Book without any payment of fees. The Commemorative Book will be presented to His Majesty as a gift from the photographers to mark his 62nd Birthday Celebrations.
  11. The Organisers also have the right to exhibit any of the entries or use them for any publicity purposes relating to the Commemorative Book.
  12. All photographs should be submitted in JPEG format with minimal compression, at least 3000 pixels on the longer side. Name, IC/Passport No., Address, Telephone No., Email Address, Title of Entry and Location where picture was taken should be included in the Official Form which can be downloaded from the Organisers’ website: www.bt.com.bn/photojournalist
  13. Composite photographs, multiple exposures, and images manipulated electronically which distort the reality of the image or otherwise may be disqualified.
  14. The Organisers reserve the right to reject any entries if the origin of the source is in dispute.
  15. The judges’ decision is final and no correspondence pertaining to the decision of the results will be entertained.
  16. Submission deadline is 25 July 2008. Only winners will be notified.
  17. Submission of entry/entries signifies acceptance of the rules and conditions stated above.
  18. Please mail your entries with a completed entry form to:
  19. committee2008[at]bruneitimes.com.bn

    For more information, please email to Ms Siti Rosnita at
    committee2008[at]bruneitimes.com.bn, Tel: +673 2428 333. Website: www.bt.com.bn/photojournalist




Read more...

Thursday, 3 July 2008

Mitsubishi Asia Children's Ennikki Festa

Jabatan Pendidikan Kokurikulum, melalui Bahagian Kesenian dan Kebudayaan ketika sedang mengadakan penghakiman bagi Mitsubishi Asia Children's Ennikki Festa (Fiesta?). Pertandingan Seni Kreatif yang melibatkan lukisan dan sebagainya itu merupakan acara tahunan yang melihat banyak penyertaan dari para pelajar, khususnya dari Institusi Pendidikan Swasta.
Selamat Berjaya kepada para pelajar dan sila kembali ke blog ini untuk mengetahui kedudukan pemenang bagi acara tersebut nanti.

Read more...

Wednesday, 2 July 2008

Mesyuarat inisiatif Radio101 CfBt

Usaha untuk menubuhkan Radio101 yang dijangka akan dilancarkan dengan rasminya pada 1hb. September 2008 telah dimulakan dengan kunjungan tiga pegawai (read;guru) dari CfBt yang berkorban wang dan tenaga untuk memperbisaikan pengajaran Bahasa Inggeris dengan penubuhan Radio101 dan Website tersendiri.


Greg, Alan dan Ryan mengalu-alukan sebarang komen, pendapat serta sumbangan berbentuk tenaga, kreativiti, masa dan sebagainya untuk inisiatif berkenaan.
Maklumat tambahan mengenai inisiatif tersebut akan dimaklumkan sebaik saja mendapat maklumbalas dari Ryan.


Sila layari laman web Radio101 menggunakan Internet Explorer (bukan Firefox)
http://www.radio101.hedplug.com
http://www.nzboyce.org/101/

Semua maklum balas dialu-alukan.

Read more...

Mesyuarat AJK Permakanan Pesta Sukan Sekolah Rendah Senegara 2008

Mesyuarat AJK Permakanan Pesta Sukan Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008 telah diadakan di Dewan Legar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada jam 9 Pagi, 2hb. Julai 2008. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. AMIN.

Read more...

Tuesday, 1 July 2008

Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah dan Maktab-maktab Negara Brunei Darussalam

Dokumen ini sudah boleh dimuatturun dari bahagian download blog ini. Untuk perhatian bersama, dokumen berkenaan adalah hakmilik Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Negara Brunei Darussalam. Sebarang penggunaan, penyalinan dan mana-mana aktiviti yang tidak berkenaan adalah ditegah. Penggunaannya adalah tertakluk kebenaran bertulis daripada pihak Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Negara Brunei Darussalam.

Harap Maklum. Kami akan sentiasa memantau penggunaan kandungan dokumen berkenaan. Kerjasama semua sangat kami hargai.

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP