Tuesday, 19 February 2008

Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali Pertama

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pendidikan Kali Pertama, anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan diadakan:

Tarikh : 29hb. Februari 2008 dan 2hb. Mac 2008
Hari : Jumaat dan Ahad
Jam : Bermula 8 Pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hjh. Masna


Sukacita dipohonkan kepada semua pengetua sekolah menengah/maktab dan guru-guru besar kawasan dan daerah untuk menghantar senarai penyertaan bagi acara tersebut ke Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Satu perjumpaan para pengurus pasukan akan diadakan pada :

Tarikh : 25hb. Feb 2008
Jam : 2.30 Petang
Tempat : Sekolah Menengah PAP Hjh. Masna


Keterangan, syarat dan format pertandingan akan dipost tidak lama lagi.

Read more...

Lawatan Kerja Ke Sekolah-Sekolah

Ketika ini, para pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum sedang membuat pemantauan dan kaji selidik aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di seluruh negara bagi bulan Februari 2008.

Pemantauan tersebut juga melibatkan pengisian borang kaji selidik bagi sekolah/maktab berkenaan termasuklah perjalanan dan perlaksanaan aktiviti kokurikulum yang merangkumi aspek jasmani (sukan), keagamaan, kesenian dan kebudayaan, kegiatan pasukan beruniform dan sebarang aktiviti tambahan yang mungkin berjaya dilaksanakan di sekolah tersebut, untuk disebarluaskan di sekolah/maktab yang lain.

Semoga harapan JPKK untuk mempertingkatkan penglibatan para murid dan pelajar akan berjaya dan mendapat sokongan semua. AMIN.

Read more...

Friday, 15 February 2008

Laporan Terkini perlawanan suku akhir Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I 9 Februari 2008

SR BUKIT PANGGAL 7 SR KIUDANG 0
SEKOLAH AWAM TUTONG 1 SR PG MUDA MAHKOTA 1
(semasa berita ini dihantar, masa tambahan sedang berlangsung, pemenangnya akan menentang SR LAMUNIN di peringkat suku akhir)
PERINGKAT SUKU AKHIR -
11/02/08 - SR LAMUNIN mln (pemenang Sekolah Awam Tutong lwn SR Pg Muda Mahkota)
- SR TUTONG KEM mln SR KERIAM
12/02/08 - SR BIRAU mln SR PDN PJ SENGKARAI
SR PENANJUNG mln SR BUKIT PANGGAL
Separuh akhir berlangsung pada petang 14 Februari dan peringkat akhir untuk mencari juara Kawasan Tutong I akan berlangsung pada petang 16 Februari, semuanya berlangsung di Padang SR Muda Hashim.
Sementara itu, Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong II akan bermula 18 hingga 28 Februari 2008 ditempat yang sama, dianjurkan oleh Unit Jasmani, Jbt Pendidikan Kokurikulum dan diselenggarakan oleh SR PKN Bukit Beruang.
Disampaikan oleh
CIKGU IRWAN BIN HAJI ABU BAKAR
(DT1) JBT PENDIDIKAN KOKURIKULUM CAWANGAN TUTONG,
BUKIT BENDERA, BANDAR TUTONG TA 1341.

Read more...

Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong I

Terima kasih kepada Cikgu Irwan bin Haji Abu Bakar dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum Cawangan Daerah Tutong atas maklumat dan berita.
Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong I bermula petang kelmarin dan disertai oleh 16 pasukan. Ianya dianjurkan oleh Unit Jasmani, Jbt Pendidikan Kokurikulum Cawangan Tutong dan diselenggarakan oleh Sekolah Rendah Pg Dipa Negara Pg Jaya Sengkarai Tutong I.
Semua perlawanan dijalankan secara kalah mati di Padang SR Muda Hashim dan perlawanan akhir akan berlangsung pada hari Isnin, 18 Februari.
Keputusan perlawanan :
SR Tutong Kem 8 SR Kampung Menengah 0
SR Kupang 2 SR Birau 1
Keputusan perlawanan :
SR Penanjung 3 SR Muda Hashim 1
SR Binturan 1 SR Lamunin 0 (selepas berakhir separuh masa pertama)
Perlawanan (6/2/08)
SR Keriam lwn SR Sinaut
SR PDN PJ Sengkarai lwn SR Batang Mitus

Jika ada penonton atau siapa saja yang menggambar pada hari tersebut, sila hantar ke email jpkkmoe@gmail.com. Terima kasih.

Read more...

Saturday, 9 February 2008

Terima kasih Ketua Pasukan Beruniform

Bahagian Pasukan Beruniform, JPKK ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Sekolah berikut kerana telah menghantar borang 'softcopy' untuk pendaftaran kembali pasukan beruniform di sekolah masing-masing.

1. Cikgu Jufri Bin Haji Mohd. Yusof dari S.M Sayyidina Abu Bakar.
2. SM Sayyidina Hassan-Kadet Bomba
3. SM Sayyidina Abu Bakar (SPg) - Kadet Tentera - Cikgu Mohd. Redza


Kepada sekolah, maktab yang masih belum menghantar borang 'softcopy' dokumen .xls, sila hantar secepat mungkin. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama biskita.

Read more...

Wednesday, 6 February 2008

Projek Kesedaran Keselamatan Jalan Raya bersama Brunei Shell


Perbincangan awal mengenai pengendalian projek kesedaran keselamatan jalan raya khusus bagi para penuntut sekolah telah diadakan di bilik mesyuarat JPKK pada hari ini 5.2. Mewakili JPKK ialah Pemangku Penolong Pengarah beserta ketua bahagian kesenian dan kebudayaan.

Read more...

Monday, 4 February 2008

Taklimat Pengenalan Bahagian ICT dan database Feb08



Satu taklimat pengenalan bagi para kerani Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diadakan pada hari Sabtu 2hb. Feb 2008 Jam 9 pagi di Dewan Legar Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Antara lain taklimat tersebut memaklumkan tentang, antara lain;

  • kepentingan sekuriti dalam penggunaan dokumen Jabatan.
  • Pengenalan masalah jangkitan virus komputer.
  • Word Processing; penggunaan template dan kemudahan autocorrect.
  • Update virus database daily.

Di kesempatan itu juga, bahagian ICT dan database mengalu-alukan semua pegawai dan kakitangan Jabatan untuk mempergunakan khidmat yang diberikan bahagian ICT dalam sama-sama menjayakan semua aktiviti dalaman dan luaran Jabatan. Ini termasuklah khidmat nasihat peribadi dalam pembelian peralatan ICT, pembuatan rekabentuk muka depan program, sijil, backdrop dan banner.

Sambutan yang cukup memberangsangkan telah diperolehi dari taklimat tersebut dan InsyaAllah, taklimat (kursus) lanjutan akan diberikan demi mempertingkatkan kesedaran ICT, sekaligus menyokong usaha e-government NBD.

Read more...

Mesyuarat Awal Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah 2008



Perbincangan awal dengan Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Pesta Sukan Sekolah-sekolah Rendah Senegara bagi tahun 2008 telah diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Pendidikan Kokurikulum Lambak pada 2hb. Feb 2008 jam 2 pm.

Semoga semuanya berjalan lancar dan usaha-usaha untuk memperbaiki pengendalian acara tersebut dihasratkan akan mendapat semua pihak yang terlibat.

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP