Friday, 24 June 2011
Saturday, 18 June 2011
Tahniah MSSBD!! (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan)
Tahniah kepada semua atlit, pengurus, jurulatih, penolong jurulatih Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum) atas kejayaan mendapat 42 pingat emas, 35 perak dan 24 gangsa, membawa jumlah keseluruhan pingat sebanyak 101.
Tahniah juga kepada Maziah Mahusin kerana berjaya mendapat anugerah olahragawati terbaik dengan Pencapaian : 5 pingat emas dalam acara Lompat Tinggi, 200M (28.11saat, NGR), 400M hurdles (1min 18.30saat, NGR), 4x100M dan 4x400M. Walaupun Amanda Liew berjaya mendapat 6 pingat emas dalam acara renang namun pihak penganjur menganugerahkan gelaran tersebut bukan sahaja dari aspek pingat tetapi juga dari aspek pemecahan rekod.
Pihak MSSBD (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan) sukacita merakamkan jutaan tahniah kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Belia dan Sukan atas kejayaan mengendalikan Pesta Sukan Remaja kali ke V bagi tahun 2011. Adalah menjadi harapan pihak MSSBD (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan) untuk mengharumkan nama negara dengan melahirkan atlit yang berkarisma dan berprestasi tinggi.
Tahniah juga kepada semua atlit yang mewakili daerah Brunei Muara, Tutong, Belait dan Temburong atas semangat setiakawan dan kesukanan yang telah ditonjolkan sepanjang acara PSR berlangsung.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak Kementerian Pendidikan melalui pihak SUT serta Bahagian DA, Permakanan dan Asrama, Bahagian Kenderaan, Bahagian Keselamatan dan semua yang telah berusaha menyokong usaha pihak MSSBD (Unit Latihan dan Perkembangan Sukan) untuk memberikan yang terbaik demi kesejahteraan dan prestasi terbaik atlit.
Maju Sukan untuk negara..
Ikhlas dari
Sekretariat Tetap ASSC
Negara Brunei Darussalam
keputusan MUTAKHIR dari pihak Sekretariat PSR2011
Untuk perhatian dan tindakan penganjuran di masa akan datang oleh pihak sekretariat ASSC;
- Untuk memastikan semua maklumat adalah TEPAT, CEPAT dan TERKINI di semua sebaran dan outlet maklumat.
- Komunikasi bertindih dielakkan
- Liputan media menyeluruh dan centralized untuk masing-masing kontinjen ; cetak (newsletter) dan media baru.
- Cultural Education Programme untuk para atlit ketika mereka tidak berlatih.
- Konsisten dan tanpa prejudis di semua peringkat; teknikal, penghakiman, komunikasi etc. Tiada BIAS dan agenda tersendiri bagi SEMUA. Peraturan dan syarat dijalankan dengan adil.
- Persiapan awal semua by counting down from actually date of events; logistics, venue, peruntukan, persuratan, percetakan, publisiti, keselamatan, permakanan.
- Aspek permakanan atlit MESTI diambilkira untuk peningkatan prestasi di samping kebajikan dari segi tempat tinggal, keselesaan (entertainment thru CEP) , kelengkapan dan kemudahan (medic) etc.
Saturday, 11 June 2011
Perasmian Pesta Sukan Remaja (PSR) 2011
Perasmian Pesta Sukan Remaja (PSR) 2011 telah berlangsung pada petang tadi jam 2.30pm di Stadium Tertutup, Berakas. Tahniah kepada para atlit dan pegawai Majlis Sukan kerana ketika blog entry ini, telah berjaya memenangi beberapa perlawanan.
Read more...Friday, 10 June 2011
Monday, 6 June 2011
Mesyuarat ASG Singapura 2011
Majlis Perjumpaan dan taklimat bersama Ketua Rombongan, Timbalan Ketua Rombongan, Sekretariat, Pegawai Perubatan, Pengurus Pasukan, Jurulatih, Penolong Jurulatih, Chaperon dan Pengadil bagi Kejohanan ASEAN SCHOOLS GAMES 2011 Singapure 1-7 Julai 2011.
Semoga semua berjalan lancar. AMIN.
Antara beberapa perkara yang ditimbulkan ialah :Semua ahli delegasi hendaklah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas TIDAK LEWAT TIGA JAM sebelum bertolak.
- Beberapa pembayaran ekstra untuk aktiviti yang tidak termasuk dalam proses perlawanan ; excess baggage etc. Pihak Majlis Sukan mengambil maklum.
- Isu mengenai pasport mansuh/kurang mukasurat. Diharapkan semua pihak untuk bersedia.
- Disiplin pelajar sangat ditekankan dan menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat, khususnya pengurus pasukan. Diharapkan para pelajar juga dapat memberikan kerjasama untuk menjaga nama baik negara, sesuai dengan status sebagai duta kecil Brunei.
- Perhatian kepada semua yang terlibat untuk tidak membawa dan menkonsumsi chewing gum dan beberapa perkara yang MESTI diambil perhatian ketika di Singapura nanti.
- Aspek keselamatan sangat penting, bukan sahaja keselamatan nyawa, termasuk juga keselamatan harta benda dan dokumen-dokumen penting. Wang, pasport, telefon bimbit, jam dan sebagainya perlu diawasi. Diharapkan semua pihak khususnya para atlet untuk berwaspada.
- Semua pegawai dikehendaki untuk menyerahkan laporan tidak lewat 2 minggu setelah kembali ke Negara Brunei Darussalam.
- Peralatan sudah dipohonkan dan insyaAllah semua akan tersedia sebelum bertolak.
- Kenderaan seperti bas mungkin dikongsi bersama atlet dari negara lain. Para pelajar dan pihak yang terlibat diharap bersedia.
- Komunikasi khususnya pihak sekretariat akan mempunyai nombor perhubungan untuk kemudahan.
- Semua venue mempunyai peraturan dan syarat yang perlu dipatuh semua pihak yang terlibat ; seperti penggunaan bola dan sebagainya.
- Semua nombor-nombor penting ; sekretariat, Liaison Officer dan nombor-nombor kecemasan yang lain, hendaklah diambil perhatian dan disimpan.