Monday, 21 January 2008

Kokurikulum Brunei is now online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman web Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Laman ini dihasratkan, antara lain, untuk memberigakan maklumat sekitar kegiatan kokurikulum, anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK) sendiri, mahupun kegiatan kokurikulum yang diadakan/dianjurkan semua sekolah rendah, sekolah menengah, maktab dan institusi pendidikan swasta di Negara Brunei Darussalam.

Ketika ini kalendar aktiviti tahunan yang pertama sedang dalam proses pencetakan, namun beberapa buah sekolah telah meluahkan hasrat untuk mendapatkan kalendar JPKK secepat mungkin. Dalam hal ini juga, kami menyediakan kalendar tersebut dalam bentuk jpg dan akan datang dalam bentuk data yang boleh dimuatturunkan untuk kegunaan masing-masing. Jika ada yang berhasrat untuk mendapatkan softcopy kalendar tersebut, boleh mengemail kami di jpkkmoe@gmail.com dan kami akan menghantar secepatnya kepada biskita.

Maklumbalas daripada biskita amat kami perlukan untuk memperbisaikan laman ini dan semoga ianya memberi manfaat dari segi pemberigaan maklumat, cepat dan tepat sampai kepada biskita semua.

Terima kasih dan selamat memasuki zon aktif JPKK!!

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP