Monday, 4 February 2008

Taklimat Pengenalan Bahagian ICT dan database Feb08



Satu taklimat pengenalan bagi para kerani Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diadakan pada hari Sabtu 2hb. Feb 2008 Jam 9 pagi di Dewan Legar Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Antara lain taklimat tersebut memaklumkan tentang, antara lain;

  • kepentingan sekuriti dalam penggunaan dokumen Jabatan.
  • Pengenalan masalah jangkitan virus komputer.
  • Word Processing; penggunaan template dan kemudahan autocorrect.
  • Update virus database daily.

Di kesempatan itu juga, bahagian ICT dan database mengalu-alukan semua pegawai dan kakitangan Jabatan untuk mempergunakan khidmat yang diberikan bahagian ICT dalam sama-sama menjayakan semua aktiviti dalaman dan luaran Jabatan. Ini termasuklah khidmat nasihat peribadi dalam pembelian peralatan ICT, pembuatan rekabentuk muka depan program, sijil, backdrop dan banner.

Sambutan yang cukup memberangsangkan telah diperolehi dari taklimat tersebut dan InsyaAllah, taklimat (kursus) lanjutan akan diberikan demi mempertingkatkan kesedaran ICT, sekaligus menyokong usaha e-government NBD.

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP