Saturday, 30 January 2010

Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian 30.1.2010

Mesyuarat Ketua-ketua bahagian telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum demi melancarkan pengurusan kegiatan di jabatan.

Terlebih dahulu Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Mulia Hj. Kassim bin Mohammad Yassin selaku Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Mesyuarat yang dihadiri Ketua-ketua bahagian dari Cawangan Belait, Tutong dan Temburong serta Ketua-Ketua bahagian di Jabatan Ko Kurikulum ini antara lain menyentuh tentang keperluan untuk memberigakan dengan lebih agresif kegiatan-kegiatan di jabatan dengan penerbitan makalah 'MEDIA KO'.

Apa yang sangat diharapkan ialah kerjasama dari SEMUA pihak yang berkenaan untuk memaklumkan semua aktiviti ke bahagian ICT atau PRO untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

Usaha ini juga bertepatan dengan inisiatif bahagian ICT untuk merealisasikan projek pengurusan dan pemusatan maklumat 'Centralized Information' agar data, informasi termasuk dokumen-dokumen yang boleh dikongsisama, diperolehi melalui blog dan media lainnya untuk kepentingan bersama.

Semoga harapan untuk menaikkan imej jabatan akan tercapai. AMIN.

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP