Tuesday, 1 June 2010

Perjumpaan dan Taklimat ASSG 2010 Malaysia

Majlis Perjumpaan dan taklimat bersama Ketua Rombongan, Timbalan Ketua Rombongan, Sekretariat, Pegawai Perubatan, Pengurus Pasukan, Jurulatih, Penolong Jurulatih, Chaperon dan Pengadil bagi Kejohanan ASEAN SPORTS SCHOOLS GAMES 2010 Kuala Lumpur, Malaysia 12-21 Julai 2010.

Semoga semua berjalan lancar. AMIN.
Antara beberapa perkara yang ditimbulkan ialah :

Semua ahli delegasi hendaklah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas TIDAK LEWAT TIGA JAM sebelum bertolak.

  1. Keselamatan para atlet untuk mengelakkan wabak H1N1 ; persediaan peralatan yang dipohonkan pihak majlis sukan ke pihak kementerian kesihatan.
  2. Beberapa pembayaran ekstra untuk aktiviti yang tidak termasuk dalam proses perlawanan ; latihan, caddy etc. Pihak Majlis Sukan mengambil maklum.
  3. Isu mengenai pasport mansuh/kurang mukasurat. Diharapkan semua pihak untuk bersedia.
  4. Disiplin pelajar sangat ditekankan dan menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat, khususnya pengurus pasukan. Diharapkan para pelajar juga dapat memberikan kerjasama untuk menjaga nama baik negara, sesuai dengan status sebagai duta kecil Brunei. Ini juga memandangkan jumlah bas yang tidak mencukupi, masalah kesesakan lalu lintas dan semua masalah yang mungkin timbul, maka dihasratkan semua untuk bersedia bagi segala kemungkinan, termasuk berada di venue pertandingan dari pagi hingga lewat petang. Begitu juga dengan mana-mana isu yang melibatkan pertelingkahan yang boleh dianggap menyalahi niat murni ASSG, diharapkan para atlet dan pihak yang terlibat untuk menggunakan saluran-saluran yang telah ditetapkan.
  5. Aspek keselamatan sangat penting, bukan sahaja keselamatan nyawa, termasuk juga keselamatan harta benda dan dokumen-dokumen penting. Wang, pasport, telefon bimbit, jam dan sebagainya perlu diawasi. Diharapkan semua pihak khususnya para atlet untuk berwaspada.
  6. Semua pegawai dikehendaki untuk menyerahkan laporan tidak lewat 2 minggu setelah kembali ke Negara Brunei Darussalam.
  7. Isu tempat tinggal di games village; kemudahan tempat sholat dan durasi persembahan ketika perarakan lalu.
  8. Peralatan sudah dipohonkan dan insyaAllah semua akan tersedia sebelum bertolak.
  9. Masalah penempatan pelajar sebelum bertolak sedang diusahakan.
  10. Lencana-lencana untuk pertukaran hadiah sedang diusahakan.
  11. Perhatian semua ahli untuk kriteria penghakiman perbarisan lalu.
  12. Kenderaan seperti bas akan dikongsi bersama atlet dari negara lain. Para pelajar dan pihak yang terlibat diharap bersedia.
  13. Komunikasi khususnya pihak sekretariat akan mempunyai nombor perhubungan untuk kemudahan.
  14. Semua venue mempunyai peraturan dan syarat yang perlu dipatuh semua pihak yang terlibat ; seperti penggunaan bola dan sebagainya.
  15. Kemudahan 'money changer' dan kad top up diharapkan dapat disediakan pihak penganjur.
  16. Semua nombor-nombor penting ; sekretariat, Liaison Officer dan nombor-nombor kecemasan yang lain, hendaklah diambil perhatian dan disimpan.
InsyaAllah semua maklumat akan dikemaskinikan di laman blog ASSG Brunei di sini.

0 comments:

Post a Comment

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP