Saturday, 21 August 2010

Kajiselidik bagi pegawai-pegawai tanggagaji B2 - IPA

Khusus bagi para pegawai B2, DCCE.

Sukacita merujuk memo Pengarah Institut Perkhidmatan Awam bilangan IPA/PENT/348 bertarikh 17 Syaaban 1431 bersamaan 29 Julai 2010 dan 26 Syaaban 1431 / 7 Ogos 2010 berhubung perkara di atas.

Kajiselidik bagi pegawai-pegawai tanggagaji B2 oleh kumpulan kajian kompetensi "Junior Middle Management Development' sedang dijalankan untuk para pegawai di Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Oleh yang demikian, lanjutan dari penyelarasan pembikinan email dalam minit dari Bahagian IT sebelum ini, dipohonkan kepada para pegawai B2 untuk melayari laman web IPA di sini dan seterusnya memuat-turun (download) borang kajiselidik berkenaan untuk dilengkapkan.

Borang tersebut dalam bentuk Word .doc
28 mukasurat termasuk penerangan
Penerangan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui email kajiselidik@ipa.gov.bn selewat-lewatnya 25 Ogos 2010. Sebarang pertanyaan sila hubungi ;
Dyg. Asdianah bte Ahmad, Setiausaha Kumpulan asdianah.ahmad@ipa.gov.bn Tel:2452223 ext 212
ATAU
Awg. Aimi Akmal bin Hj. Massod, Ahli Kumpulan, akmal.massod@ipa.gov.bn Tel:2452223 ext 411

Atas kerjasama abiskita, dirakamkan jutaan terima kasih.

Adam Mokhtar
Ketua Bahagian IT, DCCE

Read more...

Audit IT, Google apps dan lain-lain hal

Ketika ini dipohonkan semua pihak bagi menjayakan Audit IT yang ketika ini sedang dijalankan dan juga khusus kepada semua warga DCCE untuk membuat account email menggunakan gmail untuk kelancaran urusan komunikasi, khususnya dengan pihak sekolah.

Sukacita juga dipohonkan kepada semua warga khususnya para penyelaras projek di semua bahagian DCCE, dengan niat ikhlas dan budi baik, untuk mengemail status projek merangkumi data seperti tarikh, tuan rumah, peserta, pemenang, GOH dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam blog DCCE. Semua maklumat projek yang dirangkumkan dalam blog tersebut insyaAllah akan dibukukan sebagai laporan tahunan DCCE.

Atas kerjasama dan pertimbangan semua, dirakamkan ribuan terima kasih.

Read more...

Monday, 9 August 2010

Keputusan Terkini Pesta Sukan Sekolah Rendah 2010

Sila klik di bawah untuk mendapatkan...

Keputusan awal Pertandingan Bola Sepak Separuh Akhir

Keputusan Pertandingan awal Bola Jaring

Read more...

Saturday, 7 August 2010

Peningkatan KUALITI Portal MOE Brunei






7.8.2010

Menggunakan borang untuk pihak sekolah (public) dan/atau untuk kakitangan.
Antara perkara yang perlu difikirkan ialah:
Bahasa
Dokumen yang diperlukan ; surat beranak, ic no, gambar etc
Tempoh/ tarikh/jam akhir menghantar.

but first the sign-in/sign-on needs to be addressed, otherwise the prospective user/admin would not be able to update/process anything in the portal.

Read more...

Friday, 6 August 2010

Pusingan Awal Perlawanan BolaSepak PSSR 2010





Actually lagi lagi empat pasukan yang gambarnya InsyaAllah akan diupload. Keputusan setakat ini.

Read more...

Monday, 2 August 2010

Skim Penempatan Pelajar Institut Teknologi Brunei


Bermula 2hb. Ogos 2010 sehingga 31hb. Disember 2010, seramai enam orang pelajar akan ditempatkan di beberapa bahagian Jabatan Pendidikan Kokurikulum; di Bahagian ICT, Bahagian Sukan dan Permainan dan Bahagian Kesenian dan Kebudayaan.

Semoga mereka dapat memberikan sumbangan dan seterusnya menimba ilmu dan pengalaman semasa di sini.

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP