Saturday, 21 August 2010

Kajiselidik bagi pegawai-pegawai tanggagaji B2 - IPA

Khusus bagi para pegawai B2, DCCE.

Sukacita merujuk memo Pengarah Institut Perkhidmatan Awam bilangan IPA/PENT/348 bertarikh 17 Syaaban 1431 bersamaan 29 Julai 2010 dan 26 Syaaban 1431 / 7 Ogos 2010 berhubung perkara di atas.

Kajiselidik bagi pegawai-pegawai tanggagaji B2 oleh kumpulan kajian kompetensi "Junior Middle Management Development' sedang dijalankan untuk para pegawai di Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Oleh yang demikian, lanjutan dari penyelarasan pembikinan email dalam minit dari Bahagian IT sebelum ini, dipohonkan kepada para pegawai B2 untuk melayari laman web IPA di sini dan seterusnya memuat-turun (download) borang kajiselidik berkenaan untuk dilengkapkan.

Borang tersebut dalam bentuk Word .doc
28 mukasurat termasuk penerangan
Penerangan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui email kajiselidik@ipa.gov.bn selewat-lewatnya 25 Ogos 2010. Sebarang pertanyaan sila hubungi ;
Dyg. Asdianah bte Ahmad, Setiausaha Kumpulan asdianah.ahmad@ipa.gov.bn Tel:2452223 ext 212
ATAU
Awg. Aimi Akmal bin Hj. Massod, Ahli Kumpulan, akmal.massod@ipa.gov.bn Tel:2452223 ext 411

Atas kerjasama abiskita, dirakamkan jutaan terima kasih.

Adam Mokhtar
Ketua Bahagian IT, DCCE

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP