Tuesday, 8 March 2011

Terima kasih para guru - EPL Masters

Terima kasih kepada para guru yang berkesudian hadir ke Stadium Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk menerima tunjuk ajar serta taklimat ringkas informal dari dua pemain EPL Masters. Phil Babb (berbaju merah) dan Viv Anderson (berbaju gray gelap).

Antara perkara yang disentuh sebelum para guru memperlihatkan cara latihan bagi para pelajar (untuk teguran para pro yang datang) ;
1. Teknik dan strategi permainan - playmetrics
2. Persediaan Mental
3. kepentingan keseronokan bermain bagi para pelajar.
4. kepentingan latihan, walaupun cuma bermain 10-20 minit.
5. Isu menggabungkan pemain baik, sederhana dan lemah dalam satu pasukan.
6. Cara menegur pemain.
7. Sokongan moral kepada para pemain.
8. Makanan dan minuman yang bersesuaian.
9. Kepentingan wujudnya liga khusus bagi para pelajar untuk mempertingkatkan kemajuan atlit.
10. Kepentingan latihan khusus (walaupun tanpa pasukan lawan) untuk mengelakkan 'main kampung' atau berkumpul2, mengejar bola.
11. Kepentingan latihan paling kurang 2 kali seminggu.

updated
MM - ASSCSec

1 comments:

Unknown 11 March 2011 at 3:30 pm  

Alhamdulillah, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur iaitu JPKK yang bersusah payah untuk mendapatkan masa untuk perjumpaan guru-guru sekolah menengah untuk sesi kongsisama dengan pemain legenda EPL, Phil Bebb dan juga Vivian Anderson. Perjumpaan tersebut merupakan pengalaman yang diluar dugaan tetapi sayang sekali masa yang ditetapkan sangat singkat. walau bagaimanapun perjumpaan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dalam menunjuk ajar cara untuk melatih penuntut dalam persediaan menghadapi kejohanan bolasepak. Disarankan dimasa-masa akan datang agar pendedahan yang sedemikian akan dibuat kerap kali agar memberi suntikan semangat kepada guru-guru untuk dapat meningkatkan lagi semangat dalam menjayakan permainan bolasepak di Negara Brunei Darussalam. setinggi-tinggi penhargaan diucapkan kepada penganjur kerana memberi kesempatan yang begitu berharga. 'Maju Sukan Untuk Negara'. Wassalam.

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP