Tuesday, 26 August 2008

MAJLIS SAMBUTAN AWAL BULAN RAMADHAN JPKK TAHUN 2008

(klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas)


ATURCARA MAJLIS:-

8.45 : Pegawai-Pegawai dan Kakitangan hadir

9.00 : Majlis Dimulakan

Bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Ustaz Syeikh Ahmad Said Abdun

Ceramah Sambutan Awal Bulan Ramadhan disampaikan oleh
Ustaz Haji Sammali bin Hj Adam

Tahlil diketuai oleh Ustaz Syeikh Ahmad Said Abdun

Doa Arwah

Menikmati Jamuan (Jika diadakan pada 1 September 2008)

Selesai

Juruacara : Cikgu Hamdani bin Awg Kula

Read more...

Saturday, 16 August 2008

Majlis Ceramah Sempena Isra' Dan Mi'raj tahun 1429H/2008M

MAJLIS CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN ISRA' MI'RAJTAHUN 1429H / 2008M BAGI AHLI-AHLI PERTUBUHAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB SELURUH NEGARA.

Tajuk Ceramah:
TUNAS BANGSA PEMIMPIN MASA DEPAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Tarikh:
13 Sya'aban 1429H / 15 Ogos 2008
(Hari Jumaat)

Jam:
8.00 Pagi

Tempat:
Dewan Auditorium
Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri
Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Gadong

Anjuran:
Pasukan Beruniform
Jabatan Pendidikan Kokurikulum
Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.














ATURCARA MAJLIS

7:45 pagi
Ahli Jawatankuasa, guru-guu pengawas dan ahli-ahli pasukan beruniform hadir

8.00 pagi
Para Jemputan

8.15 pagi
Ketibaan Tetamu Kehormat
Awang Arsad bin Abdul Adis
Pengarah
Jabatan Pendidikan Kokurikulum
Kementerian Pendidikan
Negara Brunei Darussalam

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis
Awang Jalil bin Pengarah Haji Kapitan
Ketua Bahagian Pasukan Beruniform
Jabatan Pendidikan Kokurikulum

Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran oleh
Awang Mohd Sa'dun bin Suhaili
Ahli Kadet Tentera SM Menglait, Gadong

Ceramah dimulakan oleh
Yang Mulia Awg Haji Mail bin Hj Awg Besar

Tajuk 'Tunas Bangsa Pemimpin Masa Depan Menurut Perspektif Islam'

Persembahan Nasyid oleh
Ahli Pasukan-Pasukan Beruniform
SM Sayyidina Husain, Jerudong

Bacaan Doa oleh
Sjn KT Awang Darwis Ariffin
Guru Pengawas SM Sayyidina Umar
Al-Khattab

Menikmati jamuan

Bersurai


Read more...

Thursday, 14 August 2008

LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH/ MAKTAB-MAKTAB DAN PENDIDIKAN SWASTA PERINGKAT NEGARA




Dengan hormatnya sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan mengendalikan Kejohanan Sepak Takraw bagi Sekolah-Sekolah Menengah/ Maktab-Maktab dan Pendidikan Swasta pada 27 Ogos 2008 dan 28 Ogos 2008 ( Hari Rabu dan Khamis), bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Sungai Kebun.

Sehubungan itu. Pengiran / Awang / Dayang adalah dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut.


Sekian, Wassalam.

Read more...

Thursday, 17 July 2008

Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara kali ke 39 2008

Dengan penuh hormat dan sukacita menjunjung dan mempersilakan para pegawai dan guru-guru di sekolah yang terlibat dengan kejohanan di atas untuk hadir memeriahkan dan memberikan sokongan moral yang sangat diperlukan.

Kerjasama semua pihak adalah sangat dihargai dan tidak lupa dirakamkan ribuan terima kasih.

Sila rujuk jadual yang disertakan bermula 24hb. Julai 2008 hingga 3hb. Ogos 2008. Sila click untuk imej besar (printing purposes).

Jadual ini disertakan dalam memo keliling ke semua Pengetua Sekolah-sekolah, maktab-maktab kerajaan dan pendidikan swasta.




Read more...

Wednesday, 16 July 2008

Kejohanan Badminton Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab Senegara 2008

Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Badminton Peringkat Akhir Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara diadakan pada :

Tarikh / masa : Isnin, 21hb. Julai 2008, 8.30 pagi hingga petang
Selasa 22hb. Julai 2008, 8.30 Pagi hingga petang ( Final bermula jam 2.00 Petang hingga selesai pada 22hb. Julai 2008)

Tempat : Dewan Serbaguna Batalion ke tiga ABDB, Perkhemahan Lumut Belait


Tetamu Kehormat : Yang Berhormat Awang Haji Shafie bin Haji Ahmad
Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Kejohanan melibatkan 8 Pasukan Lelaki dan 8 Pasukan Perempuan dan format permainan adalah 'knock-out system'.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum ini merupakan salah satu projek tahunan jabatan yang dihasratkan dapat menjalin hubungan silaturrahim di kalangan guru-guru, murid bagi mengembangkan keluhuran budi serta membina jasmani dan rohani yang sihat dan mantap.
Ia juga diharapkan akan dapat mencungkil dan memupuk bakat yang sedia ada untuk didedahkan bagi mewakili negara ke peringkat negara yang lebih mencabar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi; YM Hj. Abd. Rahman bin Ismail Unit Jasmani, JPKK, Kuala Belait 3335222

Read more...

Tuesday, 15 July 2008

Mesyuarat Persembahan Kebudayaan 2008

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persembahan antaranya Malam Kebudayaan sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, telah di adakan pada :

Isnin 14hb. Julai 2008
Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kg. Perpindahan Lambak Kanan

Para pegawai penyelaras dari Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, para guru ; pakar hadrah, pemain muzik kugiran dari sekolah-sekolah dan sebagai bermuzakarah untuk memastikan persembahan pada 15hb. Julai dan 19hb. Julai nanti berjalan lancar.

Read more...

Monday, 14 July 2008

Pertandingan Koir Lagu Hari Keputeraan Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008

Pertandingan Koir Lagu Hari Keputeraan Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008 sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada ;

Tarikh : Sabtu Malam Ahad 16 Rejab 1429H / 19 Julai 2008
Jam : 8 Malam
Tempat : Pentas Perayaan Hari Keputeraan, Kawasan Lapang Tempat Letak Kereta Berhadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Di Raja, Bandar Seri Begawan.

Tetamu Kehormat : YM Awang Haji Mohammad Taib bin DH. Haji Abd. Wahab
Pengarah, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan
Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam

Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Penyelaras Kegiatan Koir di Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP