Wednesday, 16 July 2008

Kejohanan Badminton Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab Senegara 2008

Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Badminton Peringkat Akhir Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara diadakan pada :

Tarikh / masa : Isnin, 21hb. Julai 2008, 8.30 pagi hingga petang
Selasa 22hb. Julai 2008, 8.30 Pagi hingga petang ( Final bermula jam 2.00 Petang hingga selesai pada 22hb. Julai 2008)

Tempat : Dewan Serbaguna Batalion ke tiga ABDB, Perkhemahan Lumut Belait


Tetamu Kehormat : Yang Berhormat Awang Haji Shafie bin Haji Ahmad
Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Kejohanan melibatkan 8 Pasukan Lelaki dan 8 Pasukan Perempuan dan format permainan adalah 'knock-out system'.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum ini merupakan salah satu projek tahunan jabatan yang dihasratkan dapat menjalin hubungan silaturrahim di kalangan guru-guru, murid bagi mengembangkan keluhuran budi serta membina jasmani dan rohani yang sihat dan mantap.
Ia juga diharapkan akan dapat mencungkil dan memupuk bakat yang sedia ada untuk didedahkan bagi mewakili negara ke peringkat negara yang lebih mencabar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi; YM Hj. Abd. Rahman bin Ismail Unit Jasmani, JPKK, Kuala Belait 3335222

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP