1.Waktu Kehadiran bertugas. Diharapkan para pegawai dan kakitangan mematuhi peraturan waktu bertugas. Adalah difahami dimaklumi semua pihak bahawa berlainan dengan jabatan-jabatan lain di bawah Kementerian Pendidikan, DCCE banyak menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah yang bertebaran di seluruh negara, pagi dan petang, siang dan malam, di hari-hari bekerja termasuk Jumaat dan Ahad.
2.Majlis Perkumpulan DCCE setiap hari Khamis akan dimulakan pada jam 8 pagi. Acara ini unik bagi DCCE kerana ia bukan sahaja melibatkan majlis tilawah AlQuran, bahkan acara menaikkan bendera sebagai lambang patriotisme Jabatan.
3.Perubahan struktur DCCE akan dilaksanakan demi menyesuaikan para pegawai dan kakitangan dengan projek-projek yang akan dilaksanakan. Semoga pegawai dan kakitangan yang terlibat akan bersedia bertugas dengan dedikasi.
4. Sukacita dipohonkan kerjasama pihak yang terlibat bahawa waktu/tarikh mesyuarat ketua bahagian telah ditetapkan. Maka hal ini perlu diambil perhatian agar tidak perlu sebarang makluman tambahan diedarkan.
5.Perbelanjaan aktiviti perlu diambil perhatian demi mengelakkan sebarang masalah. Dalam hal ini kepentingan persendirian mesti dielakkan serta kepekaan DCCE untuk memberikan peluang kepada pihak swasta lain (tidak tertumpu kepada satu vendor sahaja) untuk terlibat menjayakan projek/aktiviti DCCE.
6.Sokongan padu serta kerjasama semua pegawai dan kakitangan untuk saling menyokong aktiviti yang dijalankan sangat diharapkan. Sikap berpuak-puak, nafsu nafsi hendaklah dielakkan dalam usaha agar aktiviti satu-satu bahagian/unit juga dibantu oleh pegawai dan kakitangan di bahagian/unit lain.
7.BIJAK. Pemangku Pengarah mencadangkan agar lantikan secara undian dipertimbangkan, sebagaimana ianya dilaksanakan di jabatan kerajaan yang lain.
8.DCCE dinasihatkan pihak MOE untuk membuat Peruntukan kenderaan di bawah peruntukan jabatan.
8.Walaupun Peruntukan perbelanjaan DCCE berbeza daripada jabatan MOE lain, namun pembaziran hendaklah dielakkan. Pihak DCCE perlu berusaha untuk mencari jalan mengurangkan perbelanjaan, sekaligus meningkatkan keberkesanan dan kejayaan projek yang dijalankan.
Sesi soal jawab melibatkan hal berikut;
1.Pengendalian masa bagi aktiviti ko di sekolah yang tidak seimbang.Kini dengan SPN21, sesi pagi dan patang di beberapa buah sekolah tidak dapat dimuatkan untuk kegiatan kokurikulum.
2.Timbul kerisauan jika kemudahan kenderaan dimasukkan dalam peruntukan jabatan, Besar kemungkinan masalah perbelanjaan yang akan menjejaskan projek jabatan akan timbul, kerana perbelanjaan yang ada ketika ini sudah melebihi peruntukan yang dikhaskan, apatah lagi ditambah dengan perbelanjaan kenderaan.
3.Beberapa pihak menekankan bahawa Kegiatan jabatan banyak melibatkan kementerian/agensi lain. Maka pihak yang berkenaan perlu mempertimbangkan dan mengambil kita "keunikan" waktu bekerja pihak DCCE.
4.Pertembungan tarikh/acara anjuran DCCE perlu diambil perhatian dan ditangani dengan serius. Beberapa masalah timbul akibat 'clash' tersebut; kurang pemantauan dengan tidak dapat berada di dua tempat dalam satu masa, liputan terhad dan penglibatan kakitangan lain untuk membantu, terbantut.
5. Beberapa pihak memohonkan kepada pihak pentadbiran agar kenaikan jawatan dipertimbangkan secara dalaman terlebih dahulu, termasuklah memaklumkan mereka yang layak menjawat tugas berkenaan. Begitu juga dalam konteks memangku tugas yang diberikan. Pihak pentadbiran hendaklah mempertimbangkan kesesuaian, kemahiran, pengalaman serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bukan setakat memangku sahaja. Begitu juga dengan hal giliran memangku, perlu di'rotate' dengan saksama.
6. Majlis Sekolah Sukan memerlukan lebih banyak jurulatih, pembantu jurulatih untuk menjayakan program tempatan, serantau dan antarabangsa. Jumlah jurulatih dan yang lainnya ketika ini amatlah sedikit. Begitu juga dengan kemudahan serta logistik bagi pemusatan atlet. Alhamdulillah, beberapa kemudahan sudah diberikan, setelah beberapa kali memohon, namun ianya masih belum mencukupi untuk pihak MSS berfungsi dengan efisyen. Untuk makluman bersama pada tahun 2011, Pertandingan BolaSepak U15 ASEAN akan berlangsung di Brunei, selaku tuan rumah. Manakala pada tahun 2014, Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah ASSG; iaitu ASEAN Sports School Games. Acara bertaraf serantau. Dianggap sebagai mini SEAGAMES.
Majlis diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada YM Ustaz Haji Sammali Adam yang akan bertugas di United Kingdom.
Read more...