Thursday, 28 April 2011

Pertandingan bola sepak Piala Timbalan Menteri

Kumpulan gambar semasa pertandingan bolasepak Piala Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan 2011.

Set gambar Suku Akhir 1 April 2011

Sila klik link di atas untuk melihat set gambar.

Read more...

Saturday, 23 April 2011

Muzakarah bersama pihak Jabatan Pengurusan MOE

21.4.2011. Dewan Kuliah, Sekolah Sukan

Satu majlis muzakarah telah diadakan bersama Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan, Pengarah Kewangan, Ketua Permakanan dan Ketua Kenderaan dan Pengangkutan, Kementerian Pendidikan.

Antara lain perkara yang disentuh ialah;

Peruntukan jamuan bagi pengendalian aktiviti di peringkat saringan dan seterusnya. Adakah dari pihak sekolah? atau pihak JPKK?

Peruntukan perbelanjaan barang-barang runcit

Perbelanjaan operasi

Kepentingan perancangan dan penjimatan perbelanjaan

Kepentingan mematuhi peraturan-peraturan AM dan peraturan kewangan; GO dan FR.

Permohonan peralatan sukan; di bawah JSS atau JPKK?

Kepentingan membuat audit barangan stor sebelum membuat permohonan baru.

Sebarang pembaziran, apatah lagi perihal kepentingan persendirian dalam membuat permohonan perbelanjaan; syarikat saudara-mara dan sebagainya, hendaklah dihentikan. Pihak Audit sentiasa memantau.

Read more...

Saturday, 9 April 2011

Perjumpaan dengan pihak Radio Brunei

Bahagian Radio Brunei telah berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan pihak JPKK berhubung pelaksanaan beberapa aktiviti yang melibatkan pelajar dan sekolah, samada di peringkat rendah hinggalah ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

Namun memandangkan mesyuarat yang dianjurkan pihak radio brunei berlangsung lewat dan dekat ke pertengahan tahun 2011, maka sebahagian besar projek terpaksa ditunda kerana pihak JPKK sudah awal membuat perancangan dan penyelarasan aktiviti bagi tahun 2011 (dengan kerjasama dan maklumat dari jabatan sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan lainnya di MOE). InsyaAllah pihak JPKK akan membuat perancangan pelaksanaan aktiviti bagi tahun 2012 dan selesai untuk diberigakan bagi pihak atasan MOE sebelum bulan November 2011.

Menjadi harapan pihak JPKK untuk melibatkan agensi kerajaan dan swasta yang lain untuk memeriahkan dan menjayakan projek anjuran JPKK samada dari segi sokongan kewangan, tenaga, masa dan sokongan moral. Perkara ini bukan sahaja baik dari segi pelaksanaan; kefahaman tentang masing-masing agensi, bahkan kerjasama tersebut menjadi aspirasi public private partnership, salah satu objektif pengurusan projek di JPKK.
Memandangkan kebanyakan projek yang diimpikan bahagian radio brunei berbentuk kesenian, sukan, agama dan maklumat; kandungan rancangan yang dikongsisama dengan pihak radio hendaklah menepati objektif pihak Kementerian Pendidikan secara keseluruhannya. Ia tidak terhad kepada pemberigaan aktiviti yang dilaksanakan; malah sekaligus mencungkil bakat baru, mengongsikan maklumat terkini tentang kemahiran, pengetahuan samada teknikal ataupun tidak, perbincangan tentang strategi, kaedah dan sebagainya. Masih banyak perkara yang boleh dibincangkan agar format rancangan yang diimpikan bahagian radio brunei menguntungkan pihak sekolah, pelajar dan masyarakat amnya. Ini kerana walaupun kemahiran dari segi penyiaran ada di pihak radio brunei, namun kepakaran tentang kandungan rancangan pendidikan terletak di pihak kementerian pendidikan. (kepakaran penyiaran ada di pihak jabatan perkembangan kurikulum (please refer JPK) )

Sila berhubung terus dengan pihak JPKK melalui email jpkkmoe@gmail.com untuk maklumat lanjut mengenai hal tersebut.

Sudah tiba masanya untuk mana-mana wadah dan media kerajaan, khusus pihak rtb untuk merujuk kepada para pakar di kementerian pendidikan berhubung pengisian rancangan yang lebih berguna dan bermakna.

Read more...

Thursday, 7 April 2011

Taklimat dari Bhg Kewangan, bhg. Kenderaan dan bhg. Permakanan.



























Jabatan Pendidikan Kokurikulum merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak pentadbiran dan perkhidmatan, bahagian pengangkutan dan kenderaan, bahagian kewangan dan bahagian permakanan untuk memberikan taklimat kepada para pegawai dan kakitangan di jabatan ini. Adalah menjadi harapan pihak Jabatan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam penganjuran aktiviti sekaligus tepat dan bersistematik mengikut proses yang telah dimandatkan.
Semoga perancangan yang lebih jitu dan mapan akan dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan pihak yang terlibat.

Untuk mendapatkan dokumen yang telah dibentangkan, sila klik di bawah untuk;
21. Slideshow Taklimat Kewangan Lembaga Tawaran Kecil
22. Slideshow Taklimat Bahagian Permakanan
23. Slideshow Taklimat Pengurusan Barangan Stor
24. Slideshow Taklimat Bahagian Kenderaan dan Pengangkutan
25. Slideshow Taklimat Hal Ehwal Kewangan

Read more...

Sunday, 3 April 2011

Lawatan Kerja Ke Padang Tembak ABDB





























































Lawatan Kerja rombongan Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum beserta pengetua Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kementerian Pendidikan telah diadakan pada hari Ahad, 3 April 2011 bertempat di Padang Tembak, Berakas Garrison.

Antara lain tujuan lawatan tersebut ialah untuk memberigakan antara aktiviti yang dilaksanakan pihak kadet tentera yang melibatkan guru pengawas dan pelajar. Selain daripada aktiviti menembak, aktiviti perkhemahan dan kemahiran asas ketenteraan juga dilaksanakan pihak kadet tentera.

Tujuan lawatan tersebut juga dihasratkan agar pihak sekolah khususnya menjadi lebih faham tentang aktiviti yang yang dilaksanakan, di samping waktu dan tenaga extra yang disumbangkan para guru dan pelajar untuk menjayakan aktiviti tersebut. Semoga pihak sekolah juga akan sama-sama menbantu dan memahami dengan prihatin, demi semangat dan dedikasi para pengawas kadet tentera.

Tetamu kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Norshahrinizam bin Haji Talib, Pegawai Pemerintah Askar Simpanan Melayu DiRaja Brunei.

Read more...

Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP