Saturday, 9 April 2011

Perjumpaan dengan pihak Radio Brunei

Bahagian Radio Brunei telah berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan pihak JPKK berhubung pelaksanaan beberapa aktiviti yang melibatkan pelajar dan sekolah, samada di peringkat rendah hinggalah ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

Namun memandangkan mesyuarat yang dianjurkan pihak radio brunei berlangsung lewat dan dekat ke pertengahan tahun 2011, maka sebahagian besar projek terpaksa ditunda kerana pihak JPKK sudah awal membuat perancangan dan penyelarasan aktiviti bagi tahun 2011 (dengan kerjasama dan maklumat dari jabatan sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan lainnya di MOE). InsyaAllah pihak JPKK akan membuat perancangan pelaksanaan aktiviti bagi tahun 2012 dan selesai untuk diberigakan bagi pihak atasan MOE sebelum bulan November 2011.

Menjadi harapan pihak JPKK untuk melibatkan agensi kerajaan dan swasta yang lain untuk memeriahkan dan menjayakan projek anjuran JPKK samada dari segi sokongan kewangan, tenaga, masa dan sokongan moral. Perkara ini bukan sahaja baik dari segi pelaksanaan; kefahaman tentang masing-masing agensi, bahkan kerjasama tersebut menjadi aspirasi public private partnership, salah satu objektif pengurusan projek di JPKK.
Memandangkan kebanyakan projek yang diimpikan bahagian radio brunei berbentuk kesenian, sukan, agama dan maklumat; kandungan rancangan yang dikongsisama dengan pihak radio hendaklah menepati objektif pihak Kementerian Pendidikan secara keseluruhannya. Ia tidak terhad kepada pemberigaan aktiviti yang dilaksanakan; malah sekaligus mencungkil bakat baru, mengongsikan maklumat terkini tentang kemahiran, pengetahuan samada teknikal ataupun tidak, perbincangan tentang strategi, kaedah dan sebagainya. Masih banyak perkara yang boleh dibincangkan agar format rancangan yang diimpikan bahagian radio brunei menguntungkan pihak sekolah, pelajar dan masyarakat amnya. Ini kerana walaupun kemahiran dari segi penyiaran ada di pihak radio brunei, namun kepakaran tentang kandungan rancangan pendidikan terletak di pihak kementerian pendidikan. (kepakaran penyiaran ada di pihak jabatan perkembangan kurikulum (please refer JPK) )

Sila berhubung terus dengan pihak JPKK melalui email jpkkmoe@gmail.com untuk maklumat lanjut mengenai hal tersebut.

Sudah tiba masanya untuk mana-mana wadah dan media kerajaan, khusus pihak rtb untuk merujuk kepada para pakar di kementerian pendidikan berhubung pengisian rancangan yang lebih berguna dan bermakna.

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP